Thursday, 18 April 2019

#Informasi: Biadap! Memang Sikap DAP Tak Profesional, Berhujah Tanpa Fakta.




Adun Keranji dibidas tuduh Kelantan tinggi HIV
IPOH: Mempertikaikan keputusan Kerajaan Negeri Kelantan yang tidak membenarkan kewujudan pawagam hingga mengaitkannya dengan peningkatan HIV adalah tindakan biadab.
 
Malah, kenyataan tersebut bidas Ustaz Mohd Akmal Kamaruddin (PAS - Selama) adalah tidak bertanggungjawab serta tidak profesional dilakukan seorang Ahli Yang Berhormat.
 
Beliau menempelak Chong Zhemin (DAP - Keranji) yang membuat dakwaan tersebut ketika berucap membahas Titah Diraja pada Sidang Dun Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini semalam.
 
Akmal juga turut menyatakan kepada media selepas sidang itu bahawa kenyataan Zhemin bermaksud jahat dan menghina, bahkan menyinggung perasaan rakyat Kelantan.
 
Jelasnya, polisi tersebut telah dibuat sejak Kelantan dipimpin bekas Menteri Besar, Almarhum Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat lagi, malah dahulu DAP bersamanya dalam Pakatan Rakyat.
 
"Kenapa dulu tidak cakap? Hari ini cakap ada kaitan dengan HIV. Mana pimpinan PAN yang dahulunya bersama PAS dan Tuan Guru Nik Aziz? Kenapa tidak tegur kebiadaban Adun Keranji ini?" persoalnya.
 
Sehubungan itu, Akmal yang juga Ketua Pemuda PAS Negeri Perak menggesa Zhemin tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan kepada rakyat negeri Kelantan khususnya.
 
Beliau sebelum ini pernah menyangkal dan menegaskan bahawa Kelantan bukanlah antara negeri tertinggi HIV dan statistik 2017 menunjukkan penghidap HIV di Pulau Pinang 193 kes melebihi Kelantan.
 
Sebaliknya kemuka beliau, tiga negeri paling tinggi kes HIV merupakan Selangor iaitu dengan 968 kes, diikuti Wilayah Persekutuan sebanyak 464 kes dan Johor direkod 347 kes.
 
"Tindakan Kerajaan Kelantan tidak membenarkan pawagam dibuka merupakan salah satu langkah pencegahan. Naif sekali sekiranya tindakan ini dianggap ekstrem kemudian mengaitkan pula dengan HIV.
 
"Kenyataan tidak rasional tanpa fakta dan tiada kajian menunjukkan bahawa Chong Zhemin merupakan ekstremis pembenci PAS," bidasnya. - HARAKAHDAILY 19/4/2019

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Biadap! Memang sikap DAP tak profesional, berhujah tanpa fakta. 

sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment