Tuesday, 9 April 2019

#Informasi: Agong Disiasat Jika M'sia Letakkan Homoseksualiti Sebagai Jenayah. Kertaskerja Bocor!



Statut Rome, Agong dan Homoseksualiti.  -DR AHMAD SANUSI AZMI 

●    MENURUT laporan empat orang ahli akademik yang menjalankan kajian berhubung ratifikasi Statut Rome, YDP Agong boleh disiasat sekiranya Malaysia meletakkan homoseksualiti sebagai suatu jenayah.

●     Kertas kerja yang dikatakan berstatus sulit itu bagaimanapun telah terbocor dan ia mendedahkan dua perkara utama yang boleh menggugat kedudukan Agong sekiranya Statut Rome diratifikasi. Antaranya ialah Agong boleh disiasat sekiranya Malaysia menganggap homoseksual sebagai satu jenayah. Ini adalah berdasarkan artikel 7 daripada Statut tersebut.
Artikel 7 daripada Statut Rome menyatakan bahawa sebarang penindasan terhadap kumpulan politik, bangsa, etnik, budaya, agama dan jantina boleh dianggap sebagai jenayah yang menggugat kemanusiaan.
●    Kita boleh bayangkan bagaimana bersungguhnya sebahagian pihak yang inginkan Statut Rom ini diperjuangkan atas alasan kemanusiaan. Dalam isu ini DAP dilihat lantang mempertahankan Statut Rome.
 Antaranya:
1.     Lim Kit Siang menegaskan bahawa, keputusan menarik diri dari Statut Rome bukan kehendak kerajaan.
2.     Manakala MP DAP Kashturi menyifatkan mereka yang menolak Statut Rome sebagai “Bodoh, Bangang dan Selfish”. Beliau bagaimanapun telah memadam ciapan twitter tersebut.
3.     Timbalan Menteri Pendidikan YB Teo dari DAP pula menegaskan akan membincangkan kedudukan empat ahli akademik yang menghasilkan kertas kerja yang menjelaskan ancaman Statut Rome terhadap institusi Raja.
●    Di sini kita dapat lihat betapa ahli-ahli Parlimen dari DAP bermati-matian mempertahankan Statut Rome yang dilihat boleh memberikan pendakwaan kepada YDP Agong, malah boleh menyebabkan perkara homoseksualiti diiktiraf sekalipun ia bercanggah dengan Islam.
●     Sekalipun benar kita ingin mempertahankan hak-hak kemanusiaan, jangan pula kita terperangkap dengan kerangka pemikiran Liberal barat yang beriya memperjuangkan kemanusiaan sehingga gagal membezakan hak manusia dan nafsu binatang.
●     Sebagai umat Islam, kita seharusnya kembali kepada panduan yang ditentukan oleh al-Quran. Segala yang bertentangan dengan Allah dan Rasul, maka ia harus ditentang. Ahli akademik yang memberikan penerangan pula seharusnya dihargai, bukan di ancam kedudukan mereka.
Semoga Allah membimbing kita semua.
DR AHMAD SANUSI AZMI - HARAKAHDAILY 9/4/2019

sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment