#Hiburan: Zahirah Macwilson Dan Aiman Hakim Ridza Bakal Bertunang

Umum mengetahui pasangan Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza sedang dilamun cinta dan terbuka mempamerkan kemesraan bersama. Boleh dikatakan, merek antara pasangan selebriti paling romantis sekarang.

Terbaru, Zahirah seakan memberikan bayangan bakal bertunang dengan Aiman tidak lama lagi. Malah, keluarga aktor itu sudah pun bertemu dengan ibu bapa Zahirah.

Bagi saya kalau keluarga kami merestui hubungan ini, kalau semuanya berjalan lancar, kami akan membincangkan untuk ke fasa seterusnya iaitu bertunang. Buat masa ini, belum ada perbincangan secara terperinci mengenai itu, tapi dia ada datang bawa keluarga di berjumpa dan berkenalan dengan ibu bapa saya.

Mungkin dia akan datang sekali lagi masa bulan puasa, apapun saya nak habiskan shoot ini semua. InsyaAllah selepas itu kita tengok macam mana.

Kalau sudah ada niat yang baik untuk lebih serius dalam perhubungan, insyaAllah segalanya akan dipermudahkan. Sama-sama kita nantikan khbaar gembira daripada pasangan ini.

Sumber Berita : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments