Sunday, 7 April 2019

#Hiburan: (VIDEO) Pelawak Terkenal Tumbuk Muka Dan Tendang Pengawal Keselamatan Warga Emas


Viral di media sosial video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) seorang pelawak terkenal  bertengkar dengan seorang pengawal keselamatan di kawasan perumahan di Acacia Park Desa Jati, Nilai Negeri Sembilan.

Dalam kejadian yang berlaku pada 8 malam Sabtu lalu, pengawal tersebut yang merupakan seorang warga emas cedera selepas ditumbuk sebanyak tiga kali pada bahagian muka dan turut ditendang.

Difahamkan, pelawak tersebut yang berasal dari Kedah yang memandu kereta Proton Perdana berwarna hitam telah memasuki kawasan kediaman tersebut tanpa kebenaran.

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar memberitahu, selepas kereta tersebut masuk, pengawal keselamatan bertindak menutup palang keluar dan dengan segera mengejar kenderaan yang dipandu oleh artis berkenaan.

Selang beberapa minit selepas itu, kereta artis berkenaan melalui semula pos pengawal keselamatan untuk keluar dari kawasan perumahan berkenaan, namun terhenti akibat laluan keluar ditutup dengan palang. Berkemungkinan kerana berang kenderaannya dihalang, artis lelaki itu keluar dari kereta sebelum menuju ke arah pengawal keselamatan dan berlaku pertengkaran.

Bukan sahaja pengawal keselamatan itu ditumbuk sebanyak tiga kali hingga menyebabkan lebam di bahagian mata kanan serta sakit pada batang hidung. Artis berkenaan turut dilaporkan menendang pinggang pengawal keselamatan tersebut, mengambil batu bata di tepi laluan keluar dan membaling ke arah pengawal keselamatan itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyebabkan kecederaan dengan sengaja dan Seksyen 427 kanun yang sama atas kesalahan melakukan khianat dengan merosakkan harta benda awam.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Video : Facebook


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment