Wednesday, 17 April 2019

#Hiburan: Terokai Hong Kong Seperti Seorang ‘Local’ Dengan Melawat 7 Tempat Awesome Ini


Hong Kong adalah satu lokasi percutian menarik yang mempunyai banyak lokasi tersembunyi yang boleh diterokai dan dinikmati oleh para pelancong. Sekiranya anda seorang pelancong yang suka menyelusup ke celah lorong-lorong, selalu mencuba ‘street food’, aktif berjalan pada waktu malam, seorang pencinta seni atau gemar melakukan aktiviti ‘outdoors’, maka Hong Kong adalah tempat terbaik untuk anda.

Perkara paling penting, jangan lupa untuk enjoy pertunjukan A Symphony of Lights setiap hari pada jam 8 malam di Victoria Harbour

Untuk memudahkan anda, hari ini kami akan berkongsi 7 tempat ‘awesome’ di Hong Kong yang wajib anda lawati untuk menghayati, menikmati dan menghargai pulau ini seperti seorang penduduk tempatan.

  1. Tai Kwun

Tai Kwun adalah sebuah balai polis pada era kolinial yang telah diubah menjadi sebuah pusat Warisan dan Seni. Kini ia telah dibuka hari ini di Hong Kong.

Tai Kwun sebuah projek terbesar oleh arkitek Herzog de Meuron. Apa yang menariknya semua ruang ini dihubungkan dengan laluan pejalan kaki yang elegan dengan tangga konkrit. Bangunan ini berkonsepkan seni binaan lama yang dibarukan berlatar belakang bangunan pencakar langit menjadikan ia nampak istimewa di mata peminat seni.

  1. The Mills

Merupakan tarikan tradisi terkini di Hong Kong, The Mills yang dulunya merupakan sebuah kilang kain sekitar tahun 1960 telah pun ditukarkan kepada hub rekaan yang mengumpulkan segala hasil kreatif komuniti pereka di Hong Kong. Mempunyai segalanya dari kedai-kedai, restoran, ‘rooftop’ untuk tempat melepak dan pelbagai bahan bersejarah yang disimpan, The Mills menjanjikan satu pengalaman menarik dan tidak boleh dilupakan untuk para pengunjungnya.

Anda pasti terkejut melihat transformasi yang telah dialami oleh The Mills yang memang amat menakjubkan. Siapa sangka sebuah kilang kain dapat ditukar menjadi hub rekaan yang pastinya meningkatkan lagi daya kreativiti penduduk Hong Kong.

  1. Avenue of Stars

Avenue Of Stars merupakan sebuah tarikan di Hong Kong yang bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada mereka yang telah banyak menyumbang untuk menjadikan Hong Kong sebagai ‘Hollywood of the East’. Sekiranya anda seorang pencinta filem Hong Kong, ini memang tempat wajib untuk anda lawati. Banyak gambar dengan selebriti kegemaran anda boleh dirakam di sini.

Antara tarikan yang terdapat di sini adalah plak tapak tangan 20 orang selebriti terkenal, pameran dan mural yang menggambarkan babak-babak dalam movie klasik seperti Bruce Lee, Anita Mui, Jet Li, Andy Lau dan ramai lagi.  Terbaru, pelakon kelahiran Malaysia iaitu Dato’ Michelle Yeoh juga telah diabadikan di Avenue of Stars ini. Bangga kan?

  1. Ant-Man and The Wasp : Nano Battle

Peminat-peminat filem Marvel pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk merasai sendiri tarikan terbaru di Hong Kong Disneyland iaitu Ant-Man and The Wasp : Nano Battle. Baru dibuka pada 31 Mac lalu, anda boleh merasai sendiri kehebatan pertarungan yang berlaku di dalam filem Ant Man and The Wasp apabila mencuba tarikan ini.

Paling syok, anda akan terasa seperti diri anda dikecilkan kepada saiz seekor semut dan bertarung mempertahankan data-data S.H.I.E.L.D daripada dicuri oleh orang jahat Hydra. Alang-alang dah sampai ke Hong Kong Disneyland tu, pastikan mencuba pelbagai tarikan lain seperti Iron Man, Toy Story, bergambar dengan karekter Disney dan macam-macam lagi!!!

  1. Dragon’s Back & untuk pencinta alam semulajadi!

Jika anda merupakan seorang yang gemarkan “hiking”, Dragon’s Back adalah tempat untuk melepaskan gian “hiking” anda di Hong Kong. Ia telah dinobatkan sebagai “best urban trail” di Hong Kong. Anda tidak akan rasa penat kerana pemandangan sepanjang mendaki Dragon’s Back akan membuatkan anda terpukau. Pastinya anda akan berasa puas apabila tiba di puncak dan dapat melihat Shek O, Tai Long Wan, Stanley, Tai Tam dan Laut China Selatan.

Buat pencinta pulau-pulau pula, anda perlu singgah sebentar ke Lantau Island. Sesungguhnya Lantau Island yang cukup panjang dan indah ini memang kaya dengan tarikannya yang tersendiri. Jangan lupa beli ole-ole ataupun berjalan-jalan di sekitar Lantau Island.

  1. Sham Shui Po

Pasar jalan terbuka di Sham Shui Po sedang melihat kemunculan kedai-kedai baharu yang hip, kreatif dan menarik. Namun begitu ia masih merupakan satu tempat yang dipenuhi kedai-kedai misteri yang mempunyai pelbagai jenis barangan unik. Kedai-kedai ini hanya boleh ditemui sekiranya anda menjelajah ke jalan-jalan kecil dan juga liku-liku yang berselirat di sepanjang Sham Shui Po ini.

Jangan lupa untuk mencuba makanan Hong Kong yang sebenar kerana terdapat pelbagai restoran tempatan yang amat popular di Sham Shui Po ini. Abadikan juga saat-saat di sini dengan mengambil gambar di mural-mural menarik. Kalau upload ke Instagram confirm dapat banyak LIKE punya. Pastikan smartphone anda di’charge’ sepenuhnya sebab banyak sangat tempat yang “Insta-worthy” di sini.

  1. Old Town Central

Di Old Town Central, anda akan melihat sebuah kawasan di mana budaya Timur dan Barat bertemu. Dengan bangunan yang dibina pada zaman koloni British, kedai-kedai yang dihias dengan kreatif tetapi tetap mempamerkan ciri tradisional, restoran bertaraf antarabangsa, Old Town Central menzahirkan kehebatan Hong Kong di mata para pelancong. Anda pasti akan mengkagumi kreativiti yang ditunjukkan di Old Town Central ini.

Luangkan masa untuk menerokai kedai-kedai yang penuh keunikan, duduk minum secawan kopi di kafe yang amat selesa atau cuma perhatikan gelagat orang ramai yang memenuhi Old Town Central ini. Pastikan anda mempunyai masa yang cukup kerana Old Town Central ini disempadani Wyndham Street, Caine Road, Possession Street dan Queen’s Road Central dan direntasi Hollywood Road, antara jalan raya pertama yang terbina di Hong Kong. Maksudnya memang banyak tempat-tempat best yang WAJIB diterokai di sini!!!

Semua ini dan banyak lagi tempat-tempat menarik untuk anda terokai di Hong Kong dengan terbang menggunakan AirAsia. Dari Kuala Lumpur, kini AirAsia sedang mengadakan promosi tambang dari RM199 untuk ahli Air Asia dan RM204 untuk yang bukan ahli ke Hong Kong! Memang cukup berbaoloi. Maklumat lanjut mengenai tambang yang cukup berpatutan ini, anda wajib baca di SINI  Untuk mendalami lebih dalam tentang keunikan Hong Kong, anda boleh lawati LINK INI .

Selamat terbang dan selamat menerokai bandar penuh tarikan ini.




sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment