Wednesday, 24 April 2019

#Hiburan: (TAHNIAH) Nabil Ahmad Dan Isteri Timang Cahaya Mata Perempuan Ketiga


Tahniah kami ucapkan kepada pelawak dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad dan isterinya, Zira Ayub kerana telah dikurniakan cahaya mata yang ketiga.

Berita gembira itu dikongsikan menerusi akaun Instagram MeleTOP. Zira selamat bersalin seorang bayi perempuan kira-kira jam 1 tengah hari semalam di sebuah pusat perubatan di Damansara.

Nampaknya, Nabil sudah ada tiga anak dara. Semuanya comel. Bagaimanapun, pasangan tersebut masih belum mendedahkan nama yang bakal diberikan kepada anak mereka yang baru lahir itu.

Nabil dan Zira mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Naira Mikayla dan Leyla Medyna.

Tentunya kehadiran cahaya mata ini akan memeriahkan lagi rumahtangga Nabil Ahmad dan isteri. Semoga si comel pipi merah ini akan membesar dengan sihat dan sejahtera. Tahniah sekali lagi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment