Thursday, 25 April 2019

#Hiburan: (TAHNIAH) Elfira Loy Sah Hamil


Selepas empat bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Elfira Loy hari ini berkongsi momen indah dalam hidupnya dan sekaligus menjawab segala teka-teki sebelum ini dengan mengumumkan beliau kini sedang hamil anak pertamanya.  Bagaimanapun, Elfira enggan berkongsi usia kandungannya.

Elfira sangat bersyukur dengan kurniaan itu dan tidak dinafikan ia juga berkat doa orang ramai selama ini.

Alhamdulillah, berkat doa ramai orang saya disahkan hamil dan saya bersyukur dengan rezeki yang tiba sangat cepat buat saya dan suami. Saya sudah melepasi trimester pertama(1-3 bulan) dan setakat ini semua berjalan lancar tanpa sebarang alahan mengandung yang teruk.

Tahniah kami ucapkan kepada Elfira dan suami. Semoga bayi didalam kandungan membesar dengan sihat.

Sumber Berita : Kosmo Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment