Sunday, 21 April 2019

#Hiburan: PU Abu Akui Menyesal Ceraikan Isteri, Tampil Mohon Maaf


Dihimpit pelbagai kecaman dan spekulasi berkaitan isu rumah tangganya bersama bekas isteri, PU Abu akhirnya tampil memberikan kenyataan.

Menerusi akaun Instagramnya, PU Abu memohon maaf kepada semua pihak atas kesalahan beliau menceraikan isterinya  ketika sedang sarat hamil. Apa yang berlaku kini membuatkan beliau menyesal dengan perbuatan dan ketelanjuran yang sudah dilakukannya.

Pada masa yang sama, PU Abu turut memohon maaf kepada keluarga bekas isterinya kerana bersikap tidak adil pada mereka.

Para netizen juga diminta untuk berhenti mengecam keluarganya dan keluarga mertua yang tidak terlibat dalam permasalahannya itu. PU Abu berjanji beliau akan menyelesaikan segala masalah serta kemelut yang berlaku.

Terdahulu, bekas isteri PU Abu iaitu Ain Afini mendedahkan bekas suaminya itu menceraikannya ketika sedang hamil kerana ingin mengejar cinta dan berkahwin dengan seorang wanita berstatus janda anak satu.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment