Sunday, 7 April 2019

#Hiburan: Pengawal Keselamatan Sedih Disepak Dan Ditumbuk Pelawak Terkenal


Semalam, viral video seorang pelawak terkenal menumbuk seorang pengawal keselamatan warga emas sehingga cedera di bahagian muka, pinggang dan lutut.

Lelaki berusia 70 tahun itu yang dikenali sebagai Yahya Manap mengakui sedih dibelasah teruk tetapi tidak menyimpan perasaan dendam terhadap artis itu.

Menceritakan perkara sebenar yang berlaku, Yahya memberitahu kereta Proton Perdana yang dipandu artis melulu masuk ke kawasan perumahan di Acacia Park Desa Jati Nilai, Negeri Sembilan tanpa kebenaran.

Kalau dia nak minta maaf, tunggulah saya sihat dulu. Saya tidak berdendam cuma sedih dengan perbuatannya itu.

Saya pelik dengan tindakan lelaki itu lalu menunggang motosikal mengekorinya bertujuan memintanya membuat pendaftaran terlebih dulu. Namun, sebaik tiba di depan sebuah rumah, saya lihat dia sedang bertengkar dengan penghuni itu dan beredar. Saya mengekori semula keretanya dan dia berhenti di depan palang yang bertutup. Dia memarahi supaya membuka palang itu dan menendang motosikal saya.

Saya cuba memberi penjelasan, tetapi dia menumbuk muka saya tiga kali dan menendang pinggang. Dia kemudian ambil batu membalingnya ke arah saya namun saya sempat mengelak dan mengenai kerusi.

Bukan itu sahaja, Yahya juga memberitahu pelawak itu turut mengugutnya sebelum beredar. Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Acacia, Noor Hisham Yaacob, berharap pihak polis menjalankan siasatan lanjut  dan tindakan sewajarnya dapat diambil dengan tujuan memberi pengajaran. Sepatutnya seorang selebriti harus menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat, bukan sebaliknya

Sumber Berita : Harian Metro


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment