Saturday, 20 April 2019

#Hiburan: Pencetus Ummah Abu Akui Kenyataan Bekas Isteri, Enggan Besarkan Hal Cerai


Sejak semalam, kenyataan bekas isteri Pencetus Ummah Abu bahawa bekas suaminya menceraikan dirinya yang sedang menganfung tujuh bulan anak pertama mereka untuk mengahwini seorang janda anak satu menjadi tular.

Ain Afini, melalui status Instagram, memberitahu telah diceraikan oleh suaminya melalui aplikasi WhatsApp pada 13 Mac lepas setelah suaminya curang dan menjalin hubungan dengan seorang pengasas barangan penjagaan kulit berusia 24 tahun dari kedah, Hana Azraa.

Terbaru, melalui mStar Online, Pencetus Ummah Abu tidak menafikan kenyataan bekas isterinya itu., memberitahu bahawa kenyataan Ain sudah menjawab segala persoalan.

Dia juga mendakwa mempunyai ‘ceritanya sendiri’ mengenai apa yang  telah berlaku.

Memang ada (penjelasan) daripada pihak saya. Saya ada cerita saya sendiri.

Dia juga mendakwa dia enggan memperbesarkan mengenai perceraiannya sedangkan bekas isterinya yang dikahwini pada November tahun lepas sedang mengandung.

Saya tak nak besarkan lagi. Kalau tidak, saya ni samalah dengan bekas isteri saya kan?

Sebelum ini, Ain Afini Latif, 22, telah memuat naik salinan perbualannya di WhatsApp dengan Abu, atau nama penuhnya Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Ruzaidi, 25.

Malah terdapat salinan perbualan di media sosial mengenai rancangan Abu untuk bernikah Hana Azraa di Madinah. – beautifulnara.com


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment