Monday, 15 April 2019

#Hiburan: Pak Ya Mahu Saman Malu Terhadap Lan Pet Pet Sebanyak RM 3 Juta?


Susulan video viral seorang pelawak terkenal memukul pengawal keselamatan, Lan Pet Pet mengaku bersalah melakukan kesalahan tersebut dan dikenakan denda sebanyak RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban semalam.

Bagaimanapun, mangsa yang dikenali sebagai Yahya Manap ataupun Pak Ya meluahkan rasa tidak puas hati dengan denda yang dikenakan terhadap Lan. Apatah lagi, sehingga hari ini beliau masih derita menanggung kesakitan akibat dibelasah teruk.

Denda cuma RM2,000. Pakcik yang kena bedal ini apa cerita. Pinggang masih sakit sampai sekarang akibat ditendang. Maruah pakcik yang tercemar apabila dia cakap persatuan penduduk ambil pengawal bodoh bagaimana pula?

Pakcik kena bedal sampai diberi cuti sakit (MC) selama tiga hari kemudian terpaksa sambung cuti lima hari lagi.

Pak Ya kini dalam proses untuk melantik peguam bagi mengemukakan saman malu terhadap Lan dan mahu menyaman pelawak itu sebanyak RM 3 juta.

Sumber Berita : Kosmo Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment