Tuesday, 9 April 2019

#Hiburan: Oktovia Manrose Disindir Jangan ‘Sailang’ Suami Nelydia Senrose


Nampaknya kontroversi Oktovia Manrose dan Aliff Aziz masih belum dapat dilupakan. Sehingga hari ini, masih ada lagi memandang negatif kepada pelakon wanita itu dan masih terus mengungkit isu beliau mengganggu rumah tangga orang lain.

Terbaru, Oktovia yang memuat naik foto bersama pengantin baru, Nelydia Senrose dan suami disindir teruk oleh netizen. Rata-rata netizen memberi amaran kepadanya untuk tidak ‘sailang’ suami sepupunya itu.

Bila dihimpit kontroversi, memang bukan mudah untuk membersihkan nama, orang akan terus bercakap. Namun, manusia itu tidak sempurna dan selalu melakukan kesilapan. Adakah diri kita sendiri sudah cukup baik sehingga boleh sindir orang lain berterusan begitu?


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment