Monday, 22 April 2019

#Hiburan: Netizen Serang Isteri Baru PU Abu, Lancar Gerakan Boikot Produk


Netizen sehingga hari ini masih lagi berang dengan tindakan PU Abu yang menceraikan isterinya ketika sedang sarat hamil. Apa yang berlaku membuatkan ramai memandang negatif terhadap pendakwah tersebut. Masyarakat juga sudah mula memandang serong terhadap golongan pendakwah. Bak kata pepatah, kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Isteri baru PU Abu juga dikecam teruk dan dilabel perampas oleh netizen. Malah, ada beberapa netizen yang telah melancarkan gerakan untuk memboikot produk keluaran wanita tersebut yang dikenali sebagai pengasas produk kecantikan.

Bukan itu sahaja, netizen juga menggesa orang ramai untuk memboikot segala aktiviti termasuklah ceramah agama yang melibatkan PU Abu. Mereka mahu memberi pengajaran kepada pendakwah itu atas perbuatan menganiaya bekas isterinya hanya demi kepentingan nafsu.

Terdahulu, selepas dihimpit pelbagai kecaman dan spekulasi berkaitan isu rumah tangganya bersama bekas isteri, PU Abu akhirnya tampil memohon maaf. Apa yang berlaku kini membuatkan beliau menyesal dengan perbuatan dan ketelanjuran yang sudah dilakukannya.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment