Monday, 22 April 2019

#Hiburan: Kaki Instagram Yang Suka Travel? Anda Wajib Ke Pulau Jeju Sepanjang Musim Panas Ini


Pulau Jeju di Korea Selatan kini semakin popular di kalangan rakyat Malaysia yang suka melancong. Turut dikenali sebagai “Hawaii Asia”, musim panas adalah masa terbaik untuk melawat pulau ini kerana  pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan, banyak kafe-kafe unik untuk diterokai dan juga pemandangan semulajadi yang begitu memukau. Sekiranya anda seorang kaki Instagram atau “Insta-femes”, Pulau Jeju menjanjikan ribuan gambar ‘awesome’ untuk anda kongsikan bersama pengikut anda.

pemandangan Pulau Jeju dari atas, daebak kan?

Nasihat kami kalau anda ingin ke Jeju musim panas ini, pastikan anda meluangkan masa sekurang-kurangnya 5-7 hari di pulau ini kerana memang banyak aktiviti best yang boleh dilakukan. Antaranya seperti:-

ALAM SEMULAJADI

  1. Mandi air terjun di Wonang Waterfall

Terletak di Lembah Donnaeko , kejernihan dan kesejukan air di Wonang Waterfall ini pasti akan membuatkan anda terlupa akan cuaca panas di Jeju. Punca airnya adalah secara terus dari Gunung Halla, membuatkan anda terasa dingin serta-merta apabila terjun ke dalamnya. Ketinggian Wonang Waterfall ini adalah setinggi 5 meter, menjanjikan gambar yang ‘breathtaking’ untuk dimuatnaik ke Instagram. Jangan lupa untuk membawa tikar dan makanan ringan untuk berpiknik di celah-celah batu serta ‘waterproof case’ untuk telefon/kamera anda jika ingin mengambil gambar di dalam air Wonang Waterfall ini.

  1. Snorkeling

Ha, mesti ramai yang tak tahu bahawa Pulau Jeju juga popular di kalangan mereka yang sukakan aktiviti snorkeling. Ada 3 lokasi menjanjikan pengalaman snorkeling terbaik iaitu Hwangwooji Beach, Panpo Port, dan Hamdeok Seoubong Beach. Selain daripada hidupan laut yang dapat dilihat dengan jelas, apa yang lebih menarik ialah terdapat beberapa jenis batu hitam dan batu karang yang hanya boleh ditemui di kepulauan ini. Sekiranya ini adalah kali pertama anda mencuba aktiviti ini, jangan risau kerana ada tenaga pengajar yang akan melatih anda dengan sedikit bayaran. Serius berbaloi-baloi. Cubalah!!!

  1. Abadikan pemandangan di pantai-pantai indah

Perkara yang paling best tentang Pulau Jeju ialah banyak pantai-pantai yang mempunyai pemandangan ‘photogenic’, lebih-lebih lagi jika anda ke pantai-pantai ini ketika matahari terbit atau terbenam. Memang memukau sangat-sangat. Setiap pantai mempunyai keunikan yang tersendiri seperti batu-batu yang tersusun rapi, warna pasir pantai yang putih bak mutiara dan ada yang berlatarbelakangkan Gunung Halla. Pilih je mana satu yang berkenan di hati.

AKTIVITI-AKTIVITI

  1. Transparent Kayak, Banana Boat, Windsurfing & macam-macam lagi

Kalau anda seorang yang memang sukakan aktiviti air, Pulau Jeju menyediakan pelbagai aktiviti best seperti transparent kayak, banana boat, windsurfing, flyboard dan scuba. Lokasi nak melakukan aktiviti ini pun banyak seperti di Hado, Udo, Jungmun dan Hyeopjae.

Senang cakap, terlalu banyak aktiviti best yang boleh dilakukan di Jeju pada bila-bila masa dan di mana-mana. Singgah je mana-mana pantai dan anda boleh lihat sendiri kemeriahannya. Pastikan anda mempunyai banyak masa dan bajet yang secukupnya sebab memang rugi kalau tak buat aktiviti-aktiviti nie semua.

  1. Paragliding

Ingin melihat kecantikan Pulau Jeju dari udara? Atau anda memang seorang yang sukakan cabaran? Aktiviti paragliding menjanjikan pengalaman paling tidak boleh dilupakan. Jangan lupa untuk ber’selfie’ ketika sedang terbang. Confirm pengikut anda di Instagram akan turut teruja!!! Anda boleh mencuba aktiviti ini di Gunsan Oreum, Miaksan Oreum dan Hamdeok Seoubong Peak.

BUNGA-BUNGAAN

Salah satu perkara WAJIB dilakukan apabila melawat Jeju sekitar bulan Julai ialah menikmati kewangian dan kecantikan bunga Hydrangea. Apa yang menarik tentang bunga ini ialah ialah bertukar warna dari warna putih kepada warna biru muda dan terakhir sekali,  kepada warna ungu. Gambar Instagram anda akan kelihatan super cool, cantik dan memukau!!! Antara tempat yang boleh anda lawati untuk menikmati keindahan Hydrangea ini ialah Boromwat dan Camelia Hills.

Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk melawat taman bunga matahari yang sememangnya popular di Jeju ketika musim panas.  Salah satu tempat yang popular ialah Kim Kyung-Sook yang menjadi pilihan para pengantin untuk mengabadikan memori perkahwinan mereka. Jangan lupa untuk bawak ‘prop’ anda sendiri untuk memeriahkan lagi gambar!!!

MINUMAN DAN MAKANAN

  1. Mencuba minuman ‘ais’ (bingsu) di kafe-kafe unik Pulau Jeju

Tiada apa yang lebih menyegarkan di musim panas selain menikmati sesuatu yang ber’ais’ atau dikenali sebagai bingsu (Korea punya versi untuk Air Batu Campur Malaysia) Di Pulau Jeju, banyak kafe-kafe yang menyediakan bingsu daripada buah-buahan. Confirm tekak yang kering terus rasa lega dan badan yang kepenatan akan segar bugar serta kembali bertenaga untuk mingeneroka Pulau Jeju. Antara kafe-kafe yang popular sekitar Pulau Jeju ialah:-

    • Café Dongnae – (Gujwa carrot shaved ice)

    • This Day N (Pineapple shaved ice)

    • Coffee Drinking Cat (Raspberry shaved ice)

Pastikan smartphone anda mempunyai bateri yang secukupnya untuk memuatnaik gambar-gambar makanan dan minuman yang unik ini. Confirm tempat lain tak akan jumpa dah. Nak lagi best, sambil makan tue buat Instagram Live. Boleh lah kongsikan kesedapan dan kelazatan makanan-makanan ini bersama pengikut anda. Terbaik kan?

 Pastinya anda sudah teruja untuk terbang ke Pulau Jeju selepas membaca perkongsian ini kan? Ha berita baik buat anda semua, AirAsia kini sedang menawarkan harga dari RM299 untuk tiket kelas ekonomi dan RM899 untuk Katil Rata Premium terbang terus ke Jeju dari Kuala Lumpur buat ahli BIG. Anda boleh membuat tempahan bermula sekarang sehingga 5 Mei 2019 untuk penerbangan dari sekarang sehingga 30 September 2019. Memang berbaloi-baloi!!!

Untuk makluman, apa yang dikongsikan di sini hanyalah sedikit sahaja daripada tarikan keseluruhan Pulau Jeju. Bila anda menjejakkan kaki ke sana, kami percaya anda akan jatuh cinta dan tertawan dengan pulau istimewa ini. Selamat bercuti!!!




sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment