Sunday, 28 April 2019

#Hiburan: Isu Cerai Saya Belum Fikir Lagi, Tidak Mahu Anak Membesar Tanpa Ayah – Bella Astillah


Sudah beberap bulan kemelut rumah tangganya bersama penyanyi Aliff Aziz berlarutan, namun sehingga kini Bella Astillah masih belum dapat menyelesaikan masalah tersebut. Ramai yang tertanya, adakah beliau masih lagi boleh bersabar dan menerima suaminya itu meskipun sudah dua kali berlaku curang?

Bagaimanapun, kata Bella beliau menyerahkan segalanya kepada ketentuan takdir. Isu cerai juga tidak difikirkan lagi kerana sebolehnya Bella tidak mahu anaknya, Mohamad Ayden Adrean membesar tanpa seorang bapa.

Perkara yang terjadi ini memerlukan masa. Saya tidak boleh nak fikirkan diri sendiri sahaja sebab kami pun mempunyai anak yang masih kecil. Saya perlukan masa untuk menentukan ke mana arah rumah tangga kami. Saya tidak mahu anak membesar tanpa kasih sayang seorang ayah kandung.

Lagipun, dalam keturunan keluarga saya, belum ada lagi yang pernah melalui episod bercerai. Jadi, kalau boleh saya nak kekalkan benda itu.

Bella juga sudah meminta petunjuk dengan melakukan solat istikharah dan hanya berserah kepada Allah SWT untuk menentukan perjalanan hidupnya selepas ini.

Walaupun tidak lagi tinggal sebumbung dengan Aliff, Bella akui mereka kerap berhubung dan berjumpa.

Terdahulu, Aliff pernah mengecewakan hati isterinya sekitar tahun 2017 apabila dikatakan menjalinkan hubungan dengan pelakon Afifah Nasir. Bagaimanapun, kerana perasaan cinta dan sayang , Bella ketika itu memaafkan suaminya. Namun, Aliff  ‘kantoi’ curang buat kali kedua bersama pelakon baru, Oktovia Manrose.

Sumber Berita : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment