Monday, 22 April 2019

#Hiburan: Hanya Bawa Berkenalan Dengan Ibu, Belum Rancang Bertunang – Zahirah Macwilson


Sedang hangat dilamun cinta, pelakon Zahirah Macwilson sebelum ini seakan memberikan bayangan bakal bertunang dengan Aiman Hakim Ridza tidak lama lagi sekiranya mendapatkan restu ibu bapa kedua-dua belah pihak.

Baru-baru ini juga, Aiman sudah dapat berjumpa dengan ibu Zahirah, mula timbul khabar angin mengatakan mereka berdua bakal mengikat tali pertunangan tidak lama lagi.

Bagaimanapun, Zahirah menjelaskan mereka masih dalam peringkat mengenali hati budi masing-masing dan belum ada sebarang perancangan ke arah pertunangan dibincangkan dalam pertemuan antara ibunya dan Aiman.

Pertemuan Aiman bersama ibu saya hanya untuk mengenali antara satu sama lain. Tiada apa-apa yang dibincangkan sebaliknya sekadar berkenalan. Belum ada apa-apa perkhabaran ke arah itu (bertunang). Semua okay. Aiman tak kekok ketika berbual dengan ibu saya.

Semoga segalanya dipermudahkan buat mereka berdua. Ibu Zahirah juga menerusi akaun Instagramnya seakan sudah merestuai hubungan cinta pasangan ini apatah lagi melihat anak perempuannya itu cukup bahagia disamping Aiman. Doakan yang baik-baik.

Sumber Berita : Harian Metro


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment