Sunday, 28 April 2019

#Hiburan: Dengar Macam-Macam Cerita Tentang Aiman, Kena Dapat Restu Saya- Zainol Macwilson


Hubungan percintaan pelakon Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza bukanlah suatu perkara rahsia lagi. Mereka juga terbuka menampilkan kemesraan bersama dengan umum. Ramai peminat menyifatkan mereka pasangan merpati dua sejoli, selalu sahaja nampak sangat mencintai antara satu sama lain. Kata orang, semakin ‘bersemut’.

Bagaimanapun, bapa kepada Zahirah iaitu Zainol Macwilson hanya mengetahui tentang hubungan anaknya itu melalui media sosial sahaja dan mengakui tidak begitu mengenali Aiman.

Nampaknya mereka bukan sekadar berkawan, hubungan mereka kelihatan begitu intim. Namun, saya tak berapa kenal sangat dengan Aiman. Saya tak tahu dia budak baik atau tidak. Saya tak tahu hal sebenar kerana orang boleh cerita macam-macam.

Berbicara mengenai perancangan Zahirah dan Aiman yang ingin bertunang, Zainol berkata mereka harus mendapatkan restunya terlebih dahulu.

Memandangkan saya masih hidup, of course the right thing to do kena minta restu ibu bapa. Kalau dua-dua restu, ok. Kalau dua-dua tak restu tak ok. Kalau salah seorang sahaja yang restu pun tak ok juga.

Terdahulu, Aiman sudah bertemu dengan ibu Zahirah dan pertemuan itu berjalan dengan baik. Ibu Zahirah juga seakan merestui hubungan cinta pasangan ini apatah lagi melihat anak perempuannya itu cukup bahagia disamping Aiman. Mungkin lepas ini Zahirah boleh bawa kekasih hatinya itu bertemu bapanya pula. Lebih mengenali dan siapa tahu boleh dapat lampu hijau untuk bertunang.

Sumber Berita : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment