Sunday, 21 April 2019

#Hiburan: Ceraikan Isteri Hamil Bukan Hanya Soal Teknikaliti, Tetapi Soal Mudarat Kepada Ibu dan Anak- PU Rahmat


Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan melalui siri kenyataan di media sosial menulis bahawa apabila ada kejadian seorang suami yang menceraikan isteri mengandung, perkara yang perlu diberi perhatian bukanlah sama ada ia perkara dibolehkan atau tidak tetapi kesannya kepada emosi, kesihatan dan sahsiah ibu mengandung dan anaknya.

Dia dipercayai memberikan kenyataan itu memandangkan ada ustaz selebriti yang hanya mengulas bahawa talak yang dijatuhkan kepada isteri yang sedang mengandung sah dan hukumnya harus.

“Perlu didalami secara sistemik kerana Syariah satu sistem”

PU Rahmat juga mengakui bahawa dia bermusahabah atas apa yang berlaku walaupun tidak menyebut secara terus atau merujuk kepada kisah tular Pencetus Ummah Abu yang mengakui telah menceraikan isteri yang baru dikahwini dan sedang mengandung anak pertama, Ain Afini  mereka kerana ingin mengahwini seorang usahawan janda anak satu, Hana Azraa.

PU Rahmah ialah pemenang tempat keempat program Pencetus Ummah musim pertama tahun 2014, yang menyaksikan kejuaraan dirangkul oleh Pencetus Ummah Hafiz. – beautifulnara.com


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment