Monday, 29 April 2019

#Hiburan: Bukan Tidak Restu, Maaf Jika Aiman Tersinggung – Zainol Macwilson


Sebelum ini, bapa Zahirah Macwilson iaitu Zainol Macwilson ada mengeluarkan kenyataan bahawa beliau hanya mengetahui tentang hubungan cinta anaknya bersama Aiman Hakim Ridza melalui media sosial sahaja. Tidak mengenali Aiman secara peribadi danmendengar macam-macam cerita mengenai aktor itu.

Ramai yang mula beranggapan mungkinkah Zainol tidak merestui hubungan cinta anaknya bersama Aiman? Bagaimanapun, Zainol tampil memohon maaf sekiranya kenyataan beliau itu menyinggung perasaan mana-mana pihak terutama sekali Aiman. Tidak pernah bermaksud enggan memberi restu terhadap pasangan merpati dua sejoli itu.

Bukannya saya tidak restu hubungan istimewa mereka, tapi saya masih belum kenal keperibadian Aiman. Jadi tiada istilah saya tidak memberi restu. Tapi jika Aiman terasa hati dengan kenyataan saya sebelum ini, saya dengan rasa rendah hati memohon maaf.

Menurut Zainol, sebagai seorang bapa yang kasihkan anaknya, beliau sedia untuk merestui hubungan Zahirah dan Aiman serta tampil sebagai wali sekiranya mereka ingin berkahwin.

Saya dengan rasa berbesar hati memberi restu dan sedia menjadi wali jika mereka mahu mendirikan rumah tangga kelak.

InshaAllah, jika Zainol dan Aiman bertemu pasti semuanya akan lebih baik. Ehem, kalau dah ada lampu hijau, rasanya dah bolehlah pasangan romantik dan sweet ini cepat-cepat bernikah ye dak?

Sumber Berita : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment