Wednesday, 17 April 2019

#Hiburan: Bella Astillah Mohon Hentikan Spekulasi Tentang Status Rumah Tangganya


Kontroversi hangat antara pasangan suami isteri, penyanyi Bella Astillah dan Aliff Aziz sehingga hari ini masih lagi menjadi bualan ramai. Aliff juga mengambil langkah mengejutkan dengan memadam semua foto isterinya di Instagram. Ramai yang tertanya-tanya, apakah status sebenar rumah tangga mereka?

Bella pula tidak memberikan jawapan pasti dan hanya memohon semua pihak untuk berhenti membuat spekulasi tentang rumah tangganya itu.

Saya tak pasti mengenai perkara itu, tak mengapa, hak masing-masinglah. Lagi pun kita tak tahu foto-foto tersebut dipadam atau disembunyikan, jadi jangan cepat sangat kita berspekulasi. Saya cuma harap yang terbaik selepas ini.

Menurut Bella, beliau hanya mahu meneruskan hidup positif serta tawakal dan berserah kepada Allah SWT .

Ini sahaja yang boleh saya katakan buat masa sekarang. Sebabnya, saya kini belum betul-betul bersedia nak menjawab soalan tentang rumah tangga. Saya sibukkan diri dengan bisnes kolagen dan kuih raya dengan menyertai ekspo jualan di seluruh Malaysia. Untuk memastikan saya tidak berenggang dengan Ayden, saya bawa dia pergi berniaga sekali.

Ya, saya ‘happy’ dengan cara hidup sekarang. Lagi pun saya tidak berseorangan sebab keluarga dan ramai di luar sana (pengikut IG) sentiasa memberikan kata-kata positif kepada saya.

Sebelum ini, ada khabar angin mengatakan Bella dan Aliff sebenarnya baik-baik sahaja dan sudah beberapa kali terbang ke Singapura untuk berjumpa suaminya itu serta keluarga mertuanya.

Sumber Berita : Astro Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment