Tuesday, 16 April 2019

#Hiburan: Asyik ‘OOTD’, Sherry Ibrahim Tidak Sengaja Tayang Seluar Dalam?


Sebagai seorang wanita berhijab, ia tidak membataskan diri pelakon Sherry Ibrahim untuk tampil dengan pelbagai fesyen menarik.

Memuat naik beberapa gambar ‘OOTD’ di sekitar Bukit Bintang, ramai yang kurang senang melihat gaya Sherry itu.

Terdapat satu pakaian ‘bergetah’ yang dikatakan menyerupai seluar dalam jenama Calvin Klein.  Rata-rata netizen mengkritik pakaiannya itu tidak sesuai dengan imej Sherry sebagai seorang wanita muslimah.

Bagaimanapun, Sherry tampil memohon maaf dan menjelaskan beliau tidak berniat untuk membuat orang ramai rasa tidak selesa.

Saya minta maaf jika tak sedap mata memandang, sebenarnya bahagian yang kelihatan itu adalah getah ‘tights’ yang saya pakai di dalam seluar jeans saya. Perkara itu berlaku secara tidak sengaja, tambahan lagi saya telah turun berat badan, jadi, bahagian pinggang seluar saya agak longgar. Saya tidak berniat untuk membuat orang ramai berasa tidak selesa, lagipun saya tidak menampakkan bahagian kulit saya.

Walaupun menerima pelbagai kritikan, Sherry memberitahu beliau sama sekali tidak akan memadam foto berkenaan kerana ia tidaklah keterlaluan.

Sumber Berita : Astro Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment