Sunday, 7 April 2019

#Hiburan: Ahya Rosli Tidak Kisah Dikecam Adakan Tarian Separuh Bogel Di Majlis Perkahwinan


Majlis kahwin bukannya parti liar, itulah kata-kata orang ramai yang melihat video tarian separuh bogel yang ‘disajikan’ kepada tetamu di majlis resepsi perkahwinan pelakon dan model Ahya Rosli yang diadakan pada Sabtu lalu.

Rata-rata netizen mengkritik tarian agak lucah itu sangat tidak sesuai untuk majlis tersebut yang bertemakan tradisional Melayu selain memberikan pengaruh kepada masyarakat.

 

Ahya menjemput seorang  lelaki yang menyerupai wanita, berpakaian seksi dan sangat lincah menari dengan gaya tidak senonoh di depan tetamu.

Bagaimanapun, Ahya berkata beliau tidak melakukan kesalahan dan persembahan itu hanya sekadar hiburan sahaja. Sepatutnya, ia tidak perlu jadi satu isu yang besar.

Terpulang pada diri saya sendiri dan saya ada hak untuk buat apa pun sebab ini majlis saya. Lagipun saya yang keluarkan duit, bukan netizen.

Jadi orang mahu cakap apa sahaja, saya tidak kisah. Bagi saya orang yang mengkritik itu tiada kerja lain mahu buat selain mengganggu hidup orang lain.

Mungkin juga beliau rasa, pada zaman serba moden ini, kenalah ada kelainan dalam majlis perkahwinan, tetapi nampaknya bukan biasa-biasa bentuk hiburan Ahya untuk tetamu. Apa-apa pun, kita doakan yang baik-baik sahaja dan semoga rumah tangga yang dibina berkekalan.

Sumber Berita : Kosmo

Kredit Video : Ieyman Lee’s


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment