Tuesday, 30 April 2019

#Informasi: Micheal Ang Peluk Islam. Belajar Puasa Tahun Lalu..



Berita yang tersebar itu disampaikan sendiri oleh Michael Ang menerusi sebuah video eksklusif yang dimuat naik di saluran YouTube Official Ria X. 

Turut mengesahkan perkara tersebut, beliau sendiri telah memuat naik sebuah gambar di laman sosial Instagramnya yang tertera tulisan berbahasa arab iaitu ‘Allahu Akbar’. 

“Saya budak baru, kalau ada salah tolong tegur, doakan lah yang baik-baik, maaf kalau saya rahsiakan ini dah lebih dari setahun. 

“Cuma I rasa perkara ini adalah antara saya dengan Allah dan keluarga saya,” katanya yang dimuatnaik dalam laman sosial tersebut hari ini. 

Nama penuhnya dalam Islam kekal seperti nama asalnya Michael Ang Hai Swee.


Sebelum ini beliau bergelar mualaf semenjak dia mula belajar berpuasa pada Ramadan tahun lalu. 

Foto Michael bersama Ustaz Sheikh Hussein Yee dan Ustaz Firdaus Wong juga menguatkan spekulasi Michael telah memeluk Islam di hadapan dua orang ustaz tersebut. 

Sumber Instagram michaelang83



Sebelum ini..

sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

#Informasi: Arah Sokong Penuh Ke Himpunan Rakyat UMMAH -S/Usaha PAS





DIMAKKLUMKAN PAS Pusat membuat ketetapan menyokong penuh Program Himpunan Rakyat Pertahan Kedaulatan Islam Dan Perlembagaan Negara yang dianjurkan oleh Gerakan Pembela Ummah (UMMAH). 
Sehubungan dengan ini PAS Pusat mengarah dan mengerah seluruh ahli-ahli dan penyokong PAS untuk hadir ke Program Himpunan Rakyat Pertahan Kedaulatan Islam Dan Perlembagaan Negara yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat berikut: 


Tarikh: 4 Mei 2019 (Sabtu) 
Masa  1.00 tengah hari hingga 4.00 Petang 
Tempat: Masjid Jamek Kuala Lumpur dan hadapan Sogo, Jalan Tar, KL



Objektif Himpunan 



1. Bantahan Ancaman terhadap Kedaulatan Islam di Malaysia 
2. Isu Rome Statute 
3. Keadilan untuk Allahyarham Mohd Adib 
4. Isu Bahasa – UEC & PPSMI 
5. Desakan ‘Pecat’ Peguam Negara 
6. Isu-isu berkaitan penderitaan rakyat 
7. Isu-isu berkaitan 



Penyertaan 



1) Pimpinan Gerakan NGO Utama Malaysia 
2) Pimpinan Parti-parti Politik Melayu / Islam 
3) Pimpinan Gerakan Mahasiswa dan Belia 
4) Pimpinan Masyarakat Madani 
5) Anggota Masyarakat Cakna Pelbagai Kaum 
6) Seluruh Rakyat Pelbagai Kaum

Aturcara 
1) Solat Zohor di Masjid Jamek, Kuala Lumpur 
2) Bergerak ke SOGO 
3) Ucapan Pimpinan NGO dan Parti Politik 
4) Deklarasi Rakyat 5) Bersurai 


Justeru itu semua pimpinan dan ahli-ahli PAS negeri/WP, kawasan, cawangan dan dewan-dewan (semua peringkat) diarahkan untuk turun beramai-ramai bagi menghadiri himpunan tersebut di samping menyeru, mengajak dan membawa semaksimum mungkin para penyokong PAS ke program ini sebagai menzahirkan semangat dan kebersamaan kita dalam isu-isu berkenaan. 



Sila dengan segera edarkan arahan ini ke semua peringkat parti di bawah pentadbiran saudara/i bagi menjayakan himpunan penting ini. Kerjasama serta tindakan segera pihak saudara/i amatlah dihargai dan diucapkan jazakumullahu khairan kathiraa. 
“Islam Memimpin” 

DATO’ TAKIYUDDIN HAJI HASSAN, JP
Setiausaha Agung
30 April 2019 – HARAKAHDAILY 30/4/2019

sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

#Informasi: PAS Kesal Tangkapan Terhadap Muhammad Zamri Vinoth.




PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) melahirkan kekesalan ekoran penangkapan seorang pendakwah bebas, Muhammad Zamri Vinoth yang didakwa kerana menghina agama lain.
Menurut laporan beberapa akhbar, terdapat beberapa belas laporan polis telah dibuat ke atasnya oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan di Pulau Pinang lima hari lalu.
PAS ingin mengingatkan ratusan laporan polis telah dibuat oleh pelbagai individu dan pertubuhan bukan kerajaan terhadap beberapa pemimpin Pakatan Harapan yang celupar menghina Islam dan berpotensi mencetuskan konflik perkauman.
Contohnya, laporan polis terhadap Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang (DAP) P.Ramasamy yang dikaitkan dengan organisasi pengganas LTTE pada bulan Julai 2018.
Kemudian, laporan polis terhadap Menteri P. Waytha Moorthy yang menabur fitnah tentang kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan terhadap masyarakat Hindu di negara ini pada bulan November 2018.
Selain itu, laporan polis juga dibuat terhadap seorang exco Selangor V Ganabatirau (DAP) yang mengaitkan rusuhan robohan kuil dengan umat Islam.
Banyak lagi laporan polis telah dibuat ke atas pemimpin-pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng, Nga Kor Ming dan Chew Chong Sing rentetan kenyataan mereka yang mengundang kemarahan umat Islam.
Namun, apakah tindakan susulan yang telah diambil ke atas mereka? Adakah ini yang dimaksudkan dengan kedaulatan undang-undang di bawah Malaysia Baharu?
Islam Memimpin
NASRUDIN HASSAN

Ketua Penerangan PAS Pusat
24 Sya’ban 1440 | 30 April 2019 – HARAKAHDAILY 30/4/2019

sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

#Informasi: Wanita M'sia Bangkit.. Bangkit Menolak Agama &Susila?


PEMAIN Malaysia (baju putih) ketika menentang Filipina dalam perlawanan
PEMAIN Malaysia (baju putih) ketika menentang Filipina dalam perlawanan kedua Piala Dunia FIT Touch 2019 di Taman Ekuestrian Putrajaya, hari ini. Malaysia menang 4-3.

SUKAN


Wanita Malaysia bangkit selepas dibelasah
PUTRAJAYA 30 April 2019 - Pujian wajar diberikan buat skuad FIT Touch wanita negara apabila berjaya meraih kemenangan sulung dengan menjinakkan Filipina 4-3 pada Piala Dunia FIT Touch 2019 di Taman Ekuestrian Putrajaya, di sini hari ini.
Dalam aksi pusingan round robin kategori Wanita Terbuka itu, skuad kendalian Amir Affifuddin berjuang bermati-matian bagi memburu tiga mata berharga selepas terlebih dahulu dibelasah pasukan pilihan, New Zealand dengan keputusan 0-14 pada aksi sebelah pagi.
Apa yang pasti, kemenangan itu jelas menyuntik semangat skuad negara menjelang pertemuan berdepan Amerika Syarikat dan Wales dalam aksi seterusnya esok.
“Alhamdulillah, barisan pemain dilihat segera melupakan kekecewaan ditumpaskan New Zealand apabila akhirnya berjaya mengatasi Filipina sekali gus menghadiahkan kemenangan sulung buat Malaysia dalam kejohanan ini. (-Suntingan dari berita sukan.)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Gambar di atas, pemain Malaysia (baju putih) ketika menentang Filipina dalam perlawanan kedua Piala Dunia FIT Touch 2019 di Taman Ekuestrian Putrajaya, hari ini. Malaysia menang 4-3.
Wajarkah mereka berpakaian begitu mewakili negara umat Islam yang dalam perlembagaanya tertera 'Islam Agama Bagi Persekutuan'??
Maaf, sekadar membuka minda biar berfikiran bebas dari terperap di bawah tempurung penjajah!

sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

Malaysia: Dalam Islam Raja pun di bawah undang-undang – Hadi Awang


Kenyataan Hadi Awang itu muncul semasa berlaku pertelagahan antara Tun Mahathir dan istana Johor. – Foto Astro Awani

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Islam meletakkan ketua negaranya sama ada yang bergelar raja, khalifah, imam atau amir tidak berkuasa mutlak dan berada di bawah kuasa undang-undang.

Hadi juga menjelaskan Islam menolak dengan tegas konsep individu atau kumpulan yang mengatasi undang-undang negara.

Beliau memberi contoh, Rasulullah SAW tidak menyalahgunakan kuasanya sebagai pemimpin negara dan mengajar raja-raja dan pemimpin Islam mengikut contohnya.

“Allah menegaskan bahawa ketua negara berada di bawah kuasa undang-undang walaupun seorang rasul yang dilantik oleh Allah secara langsung, apatah lagi yang dilantik sesama manusia,” tulis Abdul Hadi seperti yang disiarkan Harakahdaily.

Ahli Parlimen Marang itu menegaskan konsep kedaulatan undang-undang yang dilaungkan hanyalah sekadar “cakap kosong” sekiranya seseorang raja tidak beriman dan budiman.

“Ada pula raja yang berpaut dengan slogan yang disadurkan dengan agama, katanya ‘Raja adalah bayangan Allah yang menaungi rakyat dengan bayangan Allah itu’.

“Maka ada pula yang berlagak seperti tuhan yang disembah,” katanya lagi.

Abdul Hadi berkata Islam tidak mengharamkan dan menghalalkan perkataan monarki, republik, demokrasi dan pelbagai istilah lain yang tidak disebut di dalam al-Quran.

“Tetapi yang lebih diutamakan adalah menegakkan konsep keadilan dan menentang kezaliman, memperhambakan diri kepada Allah dengan prinsip iman dan konsep taqwa, dan menegaskan hanya Allah yang Maha Tinggi dan Maha Besar boleh menjamin berlaku keadilan yang sebenar.

“Semua yang memerintah walau apa nama dan gelarannya akan dipanggil mengadap Allah,” katanya.

Abdul Hadi berkata sebagai penganut Islam yang beriman, beliau menafsirkan Islam yang diletakkan dalam Perlembagaan Persekutuan dengan jiwa merdeka.

Katanya, seorang Islam wajib merungkai ikatan yang disimpulkan oleh penjajah bagi mengekang kuasa Islam dalam perlembagaan.

Malah kata beliau, sekiranya ada rantainya wajib diputuskan dan kalau ada tembok juga wajib dirobohkan.

“Tidakkah raja dan rakyat bersatu menentang penjajah, tanpa dinafikan adanya di kalangan raja dan rakyat yang khianat.

“Kalau masih ada saki baki pengkhianat warisan zaman penjajahan, maka mestilah dihapuskan,” jelas beliau.- Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Penasihat Najib terima RM2.5 juta beri duit pada isteri dan anak

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

KLIK BACA: Analisis – Tun Mahathir PM cuma setengah penggal buat apa bertelingkah dengan Raja?

KLIK BACA: Mahkamah Khas boleh bicarakan Raja yang didakwa, kata Bekas Ketua Hakim Negara

The post Dalam Islam Raja pun di bawah undang-undang – Hadi Awang appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Malaysia: Bank Negara maklum wang besar masuk akaun AmBank Najib, kata saksi


Uma Devi, pegawai AmBank yang memberi keterangan pada perbicaraan Najib Razak hari ini.- Foto Daily Express

Najib Razak buka akaun semasa di AmBank pada Januari 2011 untuk menerima sejumlah wang dari luar negara, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.

Pengarah AmBank Cawangan Raja Chulan, R Uma Devi berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) diberitahu menerusi Sistem Pemantauan Operasi Ringgit (ROMS) pada Februari tahun yang sama kerana menjangkakan transaksi wang masuk yang besar.

Uma berkata berdasarkan rekod bank antara 2011 dan 2013, RM2.6 bilion (AS$681 juta) masuk ke akaun milik Najib yang dibuka pada 13 Januari 2011.

Uma Devi berkata rekod menunjukkan RM2.6 bilion masuk sebagai sumbangan dan hadiah daripada Faisal Turki, kerabat raja Saudi, serta daripada Blackstone Asia Real Estate Partners.

“Pada 23 Ogos 2014, RM2.034 bilion (AS$620 juta) diremit keluar negara,” katanya ketika disoal peguam Najib, Harvinderjit Singh.

Uma saksi ke-21 yang memberi keterangan pada perbicaraan itu berkata, Najib kemudian memindahkan RM162 juta kepada akaun baru yang berakhir dengan nombor 880, manakala akaun sebelum itu, yang berakhir dengan nombor 694, ditutup pada 30 Ogos 2013.

Najib dituduh terlibat dengan pengubahan wang haram dan pecah amanah dalam pemindahan RM42 juta ke akaunnya dari akaun SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.

Beliau juga didakwa menyalahgunakan kuasanya sebagai perdana menteri dengan memberi jaminan kerajaan untuk pinjaman SRC International sebanyak RM4 bilion dari Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan.- Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Penasihat Najib terima RM2.5 juta beri duit pada isteri dan anak

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

KLIK BACA: Analisis – Tun Mahathir PM cuma setengah penggal buat apa bertelingkah dengan Raja?

KLIK BACA: Mahkamah Khas boleh bicarakan Raja yang didakwa, kata Bekas Ketua Hakim Negara

The post Bank Negara maklum wang besar masuk akaun AmBank Najib, kata saksi appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Malaysia: Santamil Selvi heret Shafee, Azeez ke mahkamah


Santamil Selvi saman Shafee Abdullah dan Azeez Rahim berkaitan perbicaraan kes Altantuya. – Foto The True Net

Balu mendiang penyiasat pribadi P Balasubramaniam yang lebih dikenali sebagai PI Bala, mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi memulakan perbicaraan kes menghina mahkamah terhadap peguam Muhammad Shafee Abdullah, Ahli Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim dan Dr S Ganesanathan.

Portal Free Malaysia Today melaporkan, peguam, Americk Sidhu yang mewakili A Santamil Selvi berkata, hakim Azimah Omar memberi kebenaran memulakan prosiding itu ke atas 3 individu terbabit kerana tidak menghormati mahkamah.

Santamil memfailkan permohonan itu pada 31 Oktober lalu, mendakwa 3 responden terbabit menghalang ahli perniagaan, Deepak Jaikishan daripada disoal balas mengenai satu afidavit yang dikemukakan bersama pernyataan pembelaan dalam saman Santamil.

Santamil mendakwa Shafee yang mewakili Deepak dalam kes itu, secara sengaja salah memaklumkan mahkamah yang Deepak tidak dapat hadir ke mahkamah kerana sakit.

Portal FMT melaporkan prosiding itu yang sepatutnya didengar Hakim Hue Siew Kheng yang bersara 19 Mac 2018, ditunda ke 27 Mac dan sekali lagi ke 13 April selepas Shafee menyerahkan laporan perubatan Deepak yang dikeluarkan Ganesanathan.

Santamil turut mendakwa Deepak membuat satu laporan polis berkata, Shafee, Azeez dan doktor itu berkomplot untuk mengelakkan dia menghadiri prosiding mahkamah dengan mengemukakan laporan perubatan palsu.

Dalam afidavit yang difailkan bersama permohonan itu, Santamil mendakwa Deepak dihalang menghadiri prosiding mahkamah sebagai cubaan menghalang Deepak daripada memberitahu perkara sebenar mengenai pembabitan bekas perdana menteri, Najib Razak yang dinamakan sebagai defendan dalam samannya.

Santamil dan 3 anaknya – Kishen, Menaga dan Reeshi mendakwa mereka berpindah ke India susulan akuan sumpah ke-2 yang dibuat Bala berkaitan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Mereka yang terpaksa tinggal di India selama 56 bulan sejak 4 Julai 2008 menuntut ganti rugi RM840,000, termasuk kos menyewa sebuah pangsapuri di Chennai, India, yuran persekolahan dan hilang punca pendapatan sebagai guru tadika, selain pinjaman perumahan, kos pengangkutan, ganti rugi am dan khas serta kos lain.

Bala ialah saksi utama dalam perbicaraan kes bunuh Altantuya pada 2006.

Beliau meninggal dunia akibat serangan jantung pada 15 Mac 2013, beberapa minggu selepas pulang dari India. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Penasihat Najib terima RM2.5 juta beri duit pada isteri dan anak

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

KLIK BACA: Analisis – Tun Mahathir PM cuma setengah penggal buat apa bertelingkah dengan Raja?

KLIK BACA: Mahkamah Khas boleh bicarakan Raja yang didakwa, kata Bekas Ketua Hakim Negara

Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Penasihat Najib terima RM2.5 juta beri duit pada isteri dan anak

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

KLIK BACA: Analisis – Tun Mahathir PM cuma setengah penggal buat apa bertelingkah dengan Raja?

KLIK BACA: Mahkamah Khas boleh bicarakan Raja yang didakwa, kata Bekas Ketua Hakim Negara

The post Santamil Selvi heret Shafee, Azeez ke mahkamah appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Malaysia: Genting tukar nama kapal Equanimity kepada Tranquility


Equanimity kapal mewah milik Jho Low dibeli oleh Genting Malaysia ditukar nama Tranquility – Foto The Star

SINGAPURA: Kapal mewah “Equanimity” yang bernilai AS$250 juta yang didakwa dibeli dengan dana 1MDB kini dikenali sebagai “Tranquility”, menurut sebuah laman pengesan kapal.

Kapal itu yang baru-baru ini dijual kepada pengendali kasino, Genting Malaysia Bhd pada harga AS$120 juta sekarang berlabuh di Singapura, menurut marinetraffic.com.

Kapal sepanjang 91m itu didakwa dibeli ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho dengan wang yang diambil daripada 1MDB.

Kes berkaitan 1MDB sedang disiasat berhubung pengubahan wang dan rasuah di sekurang-kurangnya 6 negara.

Genting Malaysia, yang juga mempunyai sebuah kasino di Sentosa, Singapura dilapor berkata kapal itu dibeli untuk melayan pelanggan-pelanggan VIP. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Penasihat Najib terima RM2.5 juta beri duit pada isteri dan anak

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

KLIK BACA: Analisis – Tun Mahathir PM cuma setengah penggal buat apa bertelingkah dengan Raja?

KLIK BACA: Mahkamah Khas boleh bicarakan Raja yang didakwa, kata Bekas Ketua Hakim Negara

The post Genting tukar nama kapal Equanimity kepada Tranquility appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Malaysia: Dr Asri minta sokongan Pemuda Umno lepas Dr Mahathir gelar pekak


Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin yang kerap mengkritik kerajaan Barisan Nasional dahulu, kini beralih kepada Umno untuk mendapatkan sokongan selepas sekutunya ditahan polis hujung minggu lalu.

Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki mendedahkan Asri menghubunginya untuk meminta mereka menyokong kenyataannya yang mendakwa kerajaan Pakatan Harapan pilih kasih kerana menahan Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu atas dakwaan menghina agama Hindu.

“…akhirnya sahabat saya, Dr Asri mengakui realiti kedudukan Islam di zaman PH yang disifatkan beliau terus dibuli dan tidak selamat.

“Moga Dr Asri dapat kembali lantang membongkar segala kecelaruan dan kepalsuan kerajaan PH hari ini, terutamanya yang berkaitan kepentingan Islam, ummah dan rakyat keseluruhannya,” tulisnya di Facebook hari ini.

Semalam, Dr Mahathir Mohamad membidas Asri “pekak” selepas mendakwa suara “mempertahankan Islam” sukar kedengaran dalam kalangan pemimpin PH sekarang.

Perdana menteri dilaporkan berkata, jika Asri boleh mendengar, sudah tentu dia tahu pelbagai perkara yang dilakukan kerajaan PH demi Islam dan umatnya.

Sebelum ini, Asri dilaporkan membidas penahanan Zamri yang didakwa menghina agama Hindu dalam satu ucapan di Masjid As Siddiqin di Kampung Panchor, Kelantan pada 30 Disember 2018.

Katanya, Zamri ditahan kerana berkongsi pengalaman peribadi menukar agama, tetapi individu dalam kerajaan yang dianggap menghina umat Islam dan menimbulkan ketegangan kaum “hanya dipanggil memberi keterangan”.

Asyraf berkata, Pemuda Umno tegas dan sudah berkali-kali membidas sikap pilih kasih kerajaan PH dalam isu sedemikian.

“Sehingga hari ini tiada kedengaran pemimpin mereka seperti (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) P Waytha Moorthy mahupun (Menteri Sumber Manusia) M Kulasegaran yang terang-terang menghasut dan mencetuskan ketegangan agama dan kaum dalam video-video ucapan mereka, direman mahupun diambil tindakan walaupun ratusan laporan polis sudah dibuat.” katanya. – Free Malaysia Today | Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Penasihat Najib terima RM2.5 juta beri duit pada isteri dan anak

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

KLIK BACA: Analisis – Tun Mahathir PM cuma setengah penggal buat apa bertelingkah dengan Raja?

KLIK BACA: Mahkamah Khas boleh bicarakan Raja yang didakwa, kata Bekas Ketua Hakim Negara

The post Dr Asri minta sokongan Pemuda Umno lepas Dr Mahathir gelar pekak appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

#Informasi: Memancing- Hobi Tuan Guru Presiden PAS



Apabila berada di tengah lautan, diri berasa kerdil, hati berasa tenang.

Di sinilah saya mengumpul kekuatan jiwa kerana laut mengajar erti tawakkal kepadaNya dan mendidik sifat sabar tanpa putus asa.'


Susuk tubuh ini menerima pelbagai fitnah oleh Pakatan Harapan. Beliau teguh berdiri menempis segala fitnah. Ternyata fitnah itu barah di dalam masyarakat Malaysia. Kerana masyarakat terdidik dari Pemimpin Pakatan Harapan sendiri. 

Alhamduillah, Pada PRU-14 Naim tetap memangkah PAS pada Parlimen Kubang Pasu dan Dun Jitra. Kerana keyakinan Islam di hadapan di utamakan. 

Penipuan terus bermahajela. Sedar jangan kena hancing lagi~
(http://bit.ly/2vqbOlo)
(

sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

Malaysia: Digelar pekak, Dr Asri jawab Dr Mahathir


Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin hari ini mengemukakan catatan autobiografi yang ditandatangani Dr Mahathir Mohamad pada 2011 yang menunjukkan Perdana Menteri itu pernah menasihatinya untuk bercakap benar.

Ia selepas Mahathir membidasnya sebagai pekak untuk mendengar pelbagai perkara yang dilakukan kerajaan Pakatan Harapan, susulan penahanan rakan pendakwahnya di Perlis hujung minggu lalu.

Asri sekali lagi mempertahankan pandangan bahawa realiti politik sekarang membenarkan umat Islam dibuli dan pihak berkuasa tidak bertindak terhadap pemimpin kerajaan yang menghina Islam.

“Sesiapa yang mampu mendengar keresahan rakyat, itulah realiti yang disuarakan oleh setiap lapisan masyarakat Islam di negara ini.

“Saya tidak pasti siapa yang pekak,” tulisnya di Facebook.

Semalam, Asri berkata pentadbiran PH mengamalkan pilih kasih berikutan penahanan Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu atas kenyataannya yang dikatakan menghina agama Hindu.

Catatan Dr Mahathir Mohamad yang dikongsikan mufti Perlis menerusi Facebooknya.

“Pelbagai kenyataan yang dibuat oleh individu-individu yang berada dalam kerajaan hari ini yang menghina umat Islam dan menimbulkan ketegangan kaum, mereka hanya dipanggil untuk beri keterangan,” tulisnya.

Ketika diminta memberikan reaksi kepada kenyataan Asri, Mahathir berkata mufti itu “pekak”, sambil mempertahankan usaha kerajaan ke arah kebajikan umat Islam.

“Sebab dia pekak. Kalau dia boleh dengar, kita buat macam-macam untuk orang Islam, dan agama Islam. Tetapi dia tidak dengar,” katanya.

Asri hari ini menunjukkan catatan Mahathir dalam autograf bukunya berjudul “A Doctor in the House”.

“Jangan ketepikan kebenaran kerana takut. Perjuangan yang bebas dari cabaran dan tentangan bukanlah perjuangan yang sebenarnya,” Asri memetik catatan Mahathir.

“InsyaAllah, saya akan berpegang kepada falsafah itu sekali pun terhadap kerajaan pimpinan Tun M sendiri,” katanya. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Dr Mahathir sindir Dr Asri pekak isu PH pertahan Islam

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

KLIK BACA: Analisis – Tun Mahathir PM cuma setengah penggal buat apa bertelingkah dengan Raja?

KLIK BACA: Mahkamah Khas boleh bicarakan Raja yang didakwa, kata Bekas Ketua Hakim Negara

The post Digelar pekak, Dr Asri jawab Dr Mahathir appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Malaysia: Saya akan tanding PRU15 – Tunku Idris


Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar mungkin bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) ke-15. – Foto Finance Twitter

Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar yang merupakan adik Tunku Mahkota Johor dalam kiriman Instagram Story, Tunku Idris, 31, berpakaian rasmi diraja, memuat naik pilihan antara parlimen Muar atau Mersing dengan tulisan status: “I am running #PRU15” (saya bertanding PRU15).

Umum mengetahui bahawa penyandang parlimen Muar ketika ini ialah Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sementara parlimen Mersing disandang ahli parlimen dari Umno, Latiff Ahmad.

Kenyataan Tunku Idris itu muncul selepas Syed Saddiq mempertikaikan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika mempertahankan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada baginda  hanya berseloroh berkenaan hajatnya bertanding PRU15 itu.

Sementara itu, Malaysiakini melaporkan dalam kiriman berasingan, Tunku Idris memuat naik gambarnya memakai pakaian rasmi sama tanpa keterangan berkaitan PRU ke-15 seperti kiriman sebelumnya.

Kiriman itu disambut pengguna media sosial yang antara lain menggalakkan Tunku Idris bertanding di Muar dan terdapat juga yang mengingatkan baginda boleh terdedah kepada fitnah.

Salah seorang pengguna media sosial dengan nama @andrewrazaly berkata: “Jika Tunku bertanding, Tunku perlu tumpukan 100 peratus dan tidak habiskan masa naik helikopter atau kereta lumba.”

Tunku Idris kemudian menjawab: “Salah, saya akan terus dengan hobi saya. Itu yang membuatkan orang kekal waras.

“Anda boleh tumpukan 100 peratus dan masih gagal. Saya akan naik helikopter bila-bila saya mahu kerana itu bukan helikopter kerajaan,” jawabnya. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Jika Muhyiddin jantan undur diri BERSATU tak goyang – Tamrin Tun Ghaffar Baba

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

KLIK BACA: Analisis – Tun Mahathir PM cuma setengah penggal buat apa bertelingkah dengan Raja?

KLIK BACA: Mahkamah Khas boleh bicarakan Raja yang didakwa, kata Bekas Ketua Hakim Negara

The post Saya akan tanding PRU15 – Tunku Idris appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

#Hiburan: Sehari Tak Cukup Pergi Macao, Jom 5 Hari


Macau atau Macao sangat terkenal di kalangan pelancong seluruh dunia untuk diterokai dan dihayati keunikannya. Terlalu banyak lokasi-lokasi menarik di Macao yang diwartakan sebagai Tapak Warisan UNESCO seperti runtuhan St Paul’s ke A-MA Temple dan banyak lagi tempat bersejarah yang dikenali sebagai “Historic Centre of Macau” dengan masing-masing mempunyai ceritanya tersendiri.

1

Bagi anda yang berminat untuk melancong ke Macau, mari kami kongsikan perjalanan selama 5 hari 4 malam di Macau. 5 hari adalah tempoh yang amat sesuai untuk anda mengenali bandar di wilayah selatan China ini dengan lebih mendalam tanpa perlu tergesa-gesa. Jom kita terokai Macau!!!

Hari Pertama:

2

Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Macau mengambil masa selama 4 jam. Untuk makluman, AirAsia terbang 3 kali sehari ke Macao, jadi anda boleh pilih mana-mana penerbangan yang bersesuaian dengan jadual anda. Namun bagi kami penerbangan terbaik ialah pada jam 6 pagi kerana anda akan tiba di Macao kira-kira jam 10 pagi.
Suhu di Macau pada waktu tengah hari ialah sekitar 14 darjah celcius. Memang sangat sesuai untuk anda berjalan-jalan melihat suasana Macau. Tak adalah sampai berpeluh-peluh satu badan. Nyaman, segar dan tidak memenatkan. Tak perlu naik kenderaan pun.

Hari Kedua:

1. Runtuhan Gereja St.Paul

3

Runtuhan Gereja St. Paul adalah mercu tanda yang paling terkenal di Macau. Dibina pada tahun 1602an -1640an, gereja tersebut adalah sebahagian daripada kolej St. Paul dan merupakan universiti pertama di Timur Macau.

2. Mount Fotress

4

Setelah melawat runtuhan Gereja St. Paul anda bolehlah ke Mount Fotress untuk singgah ke Muzium Macau. Benteng Mount Fotress dibina sekitar tahun 1617 sehingga 1626. Kini ia berfungsi sebagai Muzium Macau.
Ia adalah tempat yang sangat cantik untuk anda melihat sendiri panorama runtuhan St. Paul dan keseluruhan bandar Macau dari tempat tinggi.

Jika ingin belajar lebih mendalam tentang sejarah Macau singgahlah ke Muzium Macau.

3. Gereja St. Dominic’s

St-Dominics-Macau

Gereja St. Dominic’s merupakan salah sebuah gereja yang telah diiktiraf oleh UNESCO. Nilai-nilai sejarah bangunan ini memang tidak ternilai. Anda boleh masuk ke dalamnya untuk mengetahui lebih lanjut tentang pembinaan gereja yang telah berusia ratusan tahun ini. Pasti anda akan kagum.

4. Senado Square

6

Jika ke Senado Square lihatlah lantai unik yang beralun yang telah diturap dengan cobbles hitam dan putih, Di tengah-tengah dataran ini, terdapat air pancut yang dikelilingi oleh bangunan warisan, Holy House of Mercy, Pejabat Pos dan juga Leal Senado Building.

Selain itu, ada juga tempat membeli-belah untuk anda membawa pulang cenderahati kepada keluarga tercinta. Jangan lupa untuk mengambil gambar sebanyak yang boleh di sini kerana ia adalah lokasi ikonik sekiranya melancong ke Macau.

BONUS: Setelah penat berjalan seharian, apa kata anda singgah makan ke Lou Lan Islam Restaurant untuk mengisi perut yang lapar. Restoran ini terletak berdekatan dengan Senado Square. Ia dijamin 100% halal. Sambil makan, sambil boleh berehat sedikit.

INFORMASI: Kebanyakan tapak warisan berdekatan di antara satu sama lain. Anda hanya perlu berjalan kaki untuk ke satu lokasi ke satu lokasi lain dalam masa 10 minit.

Hari Ketiga:

1. Na Tcha Temple dan Section of the Old City Walls

8

Perjalanan pada hari ketiga diteruskan ke Na Tcha Temple dan Section of the Old City Walls yang terletak berhampiran dengan runtuhan Gereja St.Paul. Section of the Old City Walls adalah tembok pertama yang dibina seawal tahun 1569 oleh Portugis untuk melindungi kota tersebut.

Na Tcha Temple dan Section of the Old City Walls juga terletak di lokasi yang sama. Anda hanya perlu berjalan kaki tidak sampai 5 minit.

9

Dari Na Tcha Temple anda perlu berjalan selama 11 minit ke The Dom Pedro V Theater melalui Largo do Senado untuk memendekkan perjalanan anda. Jangan lepaskan peluang untuk mengambil gambar di lokasi-lokasi ini kerana keunikannya memang tiada di negara lain.

2. The Dom Pedro V Theater

10

The Dom Pedro V Theatre dibina oleh Portugis pada tahun 1860an untuk memperingati King Pedro V. Teater. Kini ia digunakan untuk pementasan dan juga konsert.

Ramai orang Islam sering pening kepala untuk ke Macau kerana risau tiada makanan halal dan terpaksa membawa sendiri makanan yang tahan lama ke sana. Bagi memudahkan anda, kami kongsikan 3 kedai Muslim yang berdekatan untuk anda menjamu selera dengan harga yang berpatutan.

11

The Golden Peacock terletak di The Venetian Macau

12

Taste of India berdekatan dengan Kum Lam Statue

13

Dong Lai Shun berdekatan dengan Kum Lam Statue dan terkenal dengan makanan dari Mongolia.

Selepas menikmati juadah makanan tengah hari, mari kita teruskan perjalanan ke tempat yang menyebabkan Macau begitu popular di serata dunia.

2. The Venetian Macau

Anda perlu menaiki teksi untuk ke sini kerana masa perjalanan kerana jaraknya yang agak jauh. Jangan risau pemandu-pemandu teksi di Macau kesemuanya baik-baik, mesra dan boleh bercakap bahasa Inggeris. Confirm tak sesat punya.

14

Percutian anda tidak akan lengkap jika anda tidak singgah untuk melihat sendiri kasino di Macau. Bangunan-bangunan yang ada di kawasan ini memang cukup gah, mengkagumkan dan sangat-sangat memukau. Anda perlu mengambil gambar di sini dan melihat sendiri betapa meriahnya lokasi ini. Nak masuk pun boleh tapi jangan gatal tangan nak mencuba pulak. Hehehe.

3. Taipa Village

15

Hanya beberapa minit berjalan kaki dari The Venetian Macau anda akan sampai ke Taipa Village. Ia adalah salah satu kawasan yang terpelihara di bandar ini. Taipa Village menawarkan peluang kepada anda meneroka warisan budaya Macau yang unik melalui bangunan bersejarah, muzium, galeri dan restoran. Kalau di Malaysia, ala-ala macam Petaling Street lah kawasan ini.

Hari Keempat:

1. A-Ma Temple

16

A-Ma Temple adalah sebuah kuil tertua dan bangunan paling lama yang masih kekal di Macau. Ia terletak berdekatan dengan Moorish Barracks dan Lilau Square. Kuil ini telah dibina 500 tahun sebelum bandar Macau wujud. Memang cukup bersejarah.

Dari sini anda perlu berjalan kaki melalui Calçada da Barra dan R. da Barra selama 8 minit untuk sampai ke Mandarin House.

2. Mandarin House

17

Mandarin House juga dikenali sebagai Casa da Cheang. Ia adalah kediaman dan rumah keluarga Zheng Guanying (1842-1921) iaitu seorang ahli teoretik dan reformis pada Dinasti Qing.

Mandarin House adalah kompleks kediaman keluarga terbesar yang masih berdiri utuh di Macau, dengan keluasan 4000m2.

SHOPPING SAKAN SEBELUM PULANG

Selalunya pada hari terakhir pasti anda ingin membeli-belah untuk dibawa pulang ke tanah air. Di sini terdapat beberapa tempat yang anda boleh kunjungi:

– Senado Square Area (tempat untuk mereka yang memang gemar membeli belah. Banyak pakaian berjenama dijual di sini)

– Rua De S.Paulo Area (tempat ini adalah sesuai untuk anda yang suka dengan barang-barang antik. Sekiranya anda peminat porselin, wajib singgah bershopping di sini)

dsc-1113

– New Yaohan & Macau Landmark (Nak cari produk elektrik atau kamera? Sinilah tempatnya)

Hari Kelima

Hari untuk pulang dengan penerbangan AirAsia pada jam 14:35 agar ia memudahkan urusan daftar keluar dan tidak terkejar-kejar.

Percutian 5 hari anda di Macau pasti akan menjadi satu percutian yang berbaloi-baloi, lebih-lebih lagi apabila anda terbang bersama AirAsia.

Kini AirAsia sedang mengadakan promosi tiket satu hala ke Macao SERENDAH RM169 (harga ahli BIG) dan RM174 (harga bukan ahli BIG) untuk penerbangan sehingga 31 September 2019. Tempah sekarang dan jatuh cinta dengan Macau hari ini juga. Maklumat lanjut layari www.airasia.com.




sumber: beautifulnara.com #superpantas

#Informasi: Daish Dakwa Bertanggungjawab Di Sri Langka. Kini Muncul Selepas 5 Tahun.


Ketua pemimpin Daish muncul semula selepas lima tahun
Pemimpin Daish, Abu Bakr Al-Baghdadi muncul semula menerusi rakaman video yang pertama selepas lima tahun menghilangkan diri. - Foto Reuters

Ketua pemimpin Daish muncul semula selepas lima tahun
Daish akhirnya mengakui gagal dalam mempertahankan kubu kuatnya yang terakhir di perkampungan Baghouz, timur bandar Syria.

Pengakuan itu dibuat pemimpinnya Abu Bakr Al-Baghdadi menerusi rakaman video yang pertama selepas lima tahun menghilangkan diri.

Video yang dikeluarkan sayap propaganda Daish, Al-Furqan turut mendedahkan kumpulan itu tidak akan berhenti di situ dan Al-Baghdadi berjanji lebih banyak serangan dilancarkan pada masa depan.


Ia juga merupakan penampilan video pertamanya sejak dia menyampaikan khutbah di masjid Al-Nuri di bandar Mosul pada 2014.


Dalam pada itu Al-Baghdadi turut menyentuh insiden pengeboman di Sri Lanka yang mengorbankan lebih 250 nyawa dan mendakwa bertanggungjawab atas serangan tersebut. (AA)

sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

Malaysia: Dr Mahathir sindir Dr Asri pekak


Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir pihak yang mendakwa kerajaan Pakatan Harapan kononnya tidak mempertahankan Islam sebagai ‘pekak’.

Dr Mahathir berkata demikian merujuk kepada kenyataan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin di laman Facebook yang menyatakan suara ‘mempertahankan Islam’ sukar kedengaran dalam kalangan pemimpin pentadbiran hari ini.

Dr Mahathir berkata, kerajaan hari ini melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menjaga kepentingan agama Islam dan umatnya di negara ini.

Justeru, beliau menafikan umat Islam terancam di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan beranggapan pihak yang mendakwa suara ‘mempertahankan Islam’ sukar kedengaran dalam kalangan pemimpin pentadbiran hari ini kerana mereka ‘pekak’.

“Pasal dia pekak. Kita buat macam-macam untuk orang Islam, untuk Islam tapi dia tak dengar,” katanya dipetik BERNAMA pada Majlis Makan Malam Gala Persatuan Pertubuhan Pengurusan Asia (AAMO) ke-20 di Kuala Lumpur, malam tadi.

Mohd Asri dalam perkongsian di media sosial Facebook miliknya mendakwa pelbagai kenyataan dibuat oleh individu dalam kerajaan yang dianggap menghina orang Islam.

Dakwanya pihak yang menimbulkan ketegangan itu hanya dipanggil untuk memberi keterangan, manakala individu yang berkongsi pengalaman peribadi menukar agama dan memilih agama Islam ditangkap.

Mohd Asri dipercaya membuat kenyataan itu susulan seorang pendakwah bebas yang dikatakan mempunyai kaitan dengan tokoh pendakwah terkenal dari India, Zakir Naik, direman polis selama empat hari untuk membantu siasatan, kelmarin.

Pendakwah itu ditahan susulan lebih 700 laporan polis yang diterima di seluruh negara terhadap satu klip video yang dianggap mempunyai unsur penghinaan terhadap agama Hindu.

DIKEMASKINI: Jika Muhyiddin jantan undur diri BERSATU tak goyang – Tamrin Tun Ghaffar Baba

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

KLIK BACA: Analisis – Tun Mahathir PM cuma setengah penggal buat apa bertelingkah dengan Raja?

KLIK BACA: Mahkamah Khas boleh bicarakan Raja yang didakwa, kata Bekas Ketua Hakim Negara

The post Dr Mahathir sindir Dr Asri pekak appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Monday, 29 April 2019

#Informasi: Di Mana Islam Dalam Polemik Perlembagaan -Presiden PAS



SAYA penganut Islam yang beriman, oleh yang demikian menafsirkan Islam yang diletakkan dalam Perlembagaan Persekutuan dengan jiwa merdeka. Maka tidak dipedulikan daripada kalangan yang masih berkiblat kepada rujukan penjajah, walaupun sudah dikatakan berada dalam negara yang merdeka dan berdaulat, tetapi otak dan rohnya masih dibelenggu penjajahan.
Wajib seorang Islam merungkai ikatan yang disimpulkan oleh penjajah bagi mengekang kuasa Islam dalam Perlembagaan itu, bahkan kalau ada rantainya wajib diputuskan dan kalau ada tembok juga wajib dirobohkan.
Tidakkah raja dan rakyat bersatu menentang penjajah, tanpa dinafikan adanya di kalangan raja dan rakyat yang khianat. Kalau masih ada saki baki pengkhianat warisan zaman penjajahan, maka mestilah dihapuskan.
Kita menyaksikan konsep “The Rule of Law” (kedaulatan undang-undang) yang dinobat dan diuar-uarkan dengan bangga dan megah, dikatakan berpacak di atas Perlembagaan yang diciptanya. Namun kadang-kadang bukan diambil kira pun kerana ada kepentingan masing-masing.
Pelbagai undang-undang digubal dan diluluskan daripada pokok perlembagaan. Slogan yang dilaungkan oleh orang-orang Greece purbakala di zaman jahiliyah “vox populi, vox dei” (suara rakyat adalah suara Tuhan), walaupun majoriti rakyat itu bodoh dan diperbodohkan.
Ada pula raja yang berpaut dengan slogan yang disadurkan dengan agama, katanya “Raja adalah bayangan Allah yang menaungi rakyat dengan bayangan Allah itu”. Maka ada pula yang berlagak seperti Tuhan yang disembah.
Ada pula yang melakarkan ungkapan “Rule of Law”. Katanya:
• Pengertian “Rule of Law” adalah supremasi hukum atau superioriti hukum yang mutlak dan bertentangan dengan pengaruh kekuasaan yang sewenang-wenang, dan mencabut hak prerogatif atau bahkan kekuasaan bertindak yang besar di pihak pemerintah.

• “Rule of Law” adalah doktrin hukum yang muncul pada abad ke-19, seiring dengan negara konstitusi dan demokrasi.
• “Rule of Law” adalah konsep tentang “common law” iaitu seluruh aspek negara menjunjung tinggi supremasi hukum yang dibangun di atas prinsip keadilan dan egalitarian.
• “Rule of Law” adalah “rule by the law”, bukan “rule by the man”.
• “Rule of Law” adalah diawali dari adanya gagasan untuk melakukan pembatasan kekuasaan pemerintahan negara.
• “Rule of Law” yang diertikan sebagai ‘kekuasaan sebuah hukum’ merupakan tradisi hukum Barat yang mengutamakan prinsip “equality before law”.
• Dikatakan pula bahawa, pada hakikatnya “Rule of Law” adalah memposisikan hukum sebagai landasan bertindak dari seluruh elemen bangsa dalam sebuah negara.

Semuanya cakap kosong, kalau tidak beriman dan budiman. Jadilah tujuannya mahu menetapkan kedudukan masing-masing tanpa peduli rakyat, bahkan rakyat dikastakan mengikut kuasa sewenang-wenang dan harta negeri atau negara dianggap miliknya.
Maka kedudukan dalam kerajaan dikira peluang untuk membolot apa sahaja harta negara, bukannya memikul amanah sebenarnya yang ditakuti oleh langit, bumi dan gunung ganang, tetapi manusia bersedia memikulnya.
Firman Allah:
إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنسَانُ ۖ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا (72)
“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab (yang dinamakan) amanah kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tiada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan”. (Surah Al-Ahzaab: 72)
Maksud amanah itu adalah melaksanakan hukum Allah dengan istiqamah supaya berlaku adil kepada semua.
Allah memilih daripada kalangan manusia sebagai contoh yang benar-benar mampu memikul amanah itu melalui firmanNya dengan menyatakan modelnya:
إِذِ ابْتَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِي قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ(124)
“Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (pemimpin ikutan) bagi umat manusia”. Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: “(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)”. Allah berfirman: “(Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim”. (Surah Al-Baqarah: 124)
Namun hari ini, bukan Nabi Ibrahim A.S. dijadikan contoh, tetapi penentang Nabi yang diambil menjadi guru dan teladan, termasuklah petunjuk yang dimasukkan oleh penjajah yang datang dari kanan atau kiri yang diizinkan oleh penjajah, asalkan Islam jangan diberi tempat. Bahkan ada yang lebih suka menjadi syaitan bisu dengan pelbagai dalih yang bukan dalil.
Tegakkan Islam demi keredhaan Allah walaupun dimarahi oleh seluruh manusia, kerana percayakan kepada Allah yang Maha Suci daripada sifat kekurangan, yang sebenar-benarnya wajib bersifat adil secara mutlak dan menyeluruh. Maka muliakan Islam yang diletakkan dalam Perlembagaan, sepatutnya undang-undang yang ditulis wajiblah Maha Tinggi, mengatasi Raja dan Perdana Menteri mahupun Presiden.
Allah berfirman:
قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاءُ وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَاءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (26)
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”. (Surah Aali ‘Imraan: 26)
Islam tidak mengharamkan dan menghalalkan perkataan monarki, republik, demokrasi dan pelbagai istilah lain yang tidak disebut di dalam Al-Quran, tetapi yang lebih diutamakan adalah menegakkan konsep keadilan dan menentang kezaliman, memperhambakan diri kepada Allah dengan prinsip iman dan konsep taqwa, dan menegaskan hanya Allah yang Maha Tinggi dan Maha Besar boleh menjamin berlaku keadilan yang sebenar. Semua yang memerintah walau apa nama dan gelarannya akan dipanggil mengadap Allah.
Islam melaknat sekeras-kerasnya mereka yang berlagak kuasa seperti Tuhan yang Maha Tinggi terhadap rakyat dan harta negara sama ada seorang raja seperti Firaun atau seorang Perdana Menteri seperti Haman, atau kumpulan pemimpin yang dinamakan Al-Malaak walaupun di atas nama demokrasi, termasuk kumpulan agamawan para ulama’, paderi, sami dan sebagainya kalau menyalahgunakan kuasa di atas nama agama yang disebutkan teokrasi.
Rasulullah S.A.W. yang dijadikan contoh tidak menyalahgunakan kuasanya sebagai pemimpin negara dan mengajar raja-raja dan pemimpin Islam mengikut contohnya. 

Raja Oman dan Raja Habsyah yang menerima Islam dikekalkan di atas takhtanya. Raja Kaisar Rom dan Raja Kisra Parsi yang melampau zalim terhadap rakyatnya ditentang sehingga jatuh, walaupun namanya kuasa besar dunia.

Sebelum kewafatan Rasulullah S.A.W. dalam keadaan uzur, datang ke masjid dan menyampaikan khutbah, Nabi S.A.W. bersabda:

فَمَنْ كُنْتُ جَلَدْتُ لَهُ ظَهْرًا فَهَذَا ظَهْرِي فَلْيَسْتَقِدْ مِنْهُ، أَلا وَمَنْ كُنْتُ شَتَمْتُ لَهُ عِرْضًا فَهَذَا عِرْضِي فَلْيَسْتَقِدْ مِنْهُ
“Sesiapa yang aku sebat belakangnya, ini belakangku sila lakukan balasannya (sebatkan aku) dan sesiapa yang aku pernah mengaibkannya, ini diriku dan balaslah terhadapku”.
Tiba-tiba ada seorang yang berkata: “Wahai Rasulullah saya ada hak yang masih ada kepadamu sebanyak tiga dirham”. Rasulullah mengarahkan Fadl bin Abbas (saudara sepupunya) supaya menjelaskan bayarannya. (Riwayat At-Thabrani)
Demikianlah Rasulullah S.A.W. pemimpin yang dilantik Allah secara langsung tidak berlagak seperti Tuhan yang disembah sehingga menjadikan rakyatnya hamba abdi dan harta negara seperti milik peribadinya.
Khalifah Abu Bakar R.A. menyampaikan ucapan setelah dilantik menjadi ketua negara, antaranya menegaskan:
‘’Taatilah aku selagi aku mentaati Allah dan Rasul. Sekiranya aku tidak mentaati Allah dan Rasul maka jangan taat kepadaku’’.
Banyak lagi bukti sejarah Islam meletakkan ketua negaranya sama ada yang bergelar raja, khalifah, imam atau amir tidak berkuasa mutlak dan berada di bawah kuasa undang-undang, menolak dengan tegas konsep adanya seseorang atau kumpulan yang mengatasi undang-undang negara.
Allah berfirman kepada Nabi Daud A.S. yang ditabalkan menjadi Khalifah:
يَا دَاوُودُ إِنَّا جَعَلْنَاكَ خَلِيفَةً فِي الْأَرْضِ فَاحْكُم بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ وَلَا تَتَّبِعِ الْهَوَىٰ فَيُضِلَّكَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ إِنَّ الَّذِينَ يَضِلُّونَ عَن (26) سَبِيلِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ بِمَا نَسُوا يَوْمَ الْحِسَابِ
“Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu Khalifah (ketua negara) di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan hukum yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu”. (Surah Sad: 26)
Perintah yang sama juga kepada puteranya Nabi Sulaiman A.S. yang ditabalkan menjadi raja yang memerintah dunia manusia, jin dan binatang secara mukjizat.
Jelas menunjukkan Allah menegaskan bahawa ketua negara berada di bawah kuasa undang-undang walaupun seorang rasul yang dilantik oleh Allah secara langsung, apatah lagi yang dilantik sesama manusia.
“Islam Memimpin”
ABDUL HADI AWANG

Presiden PAS 
Bertarikh: 24 Syaaban 1440 / 30 April 2019 - HARAKAHDAILY 30/4/2019


Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

sumber : IbnuHisyam.com #superpantas