Sunday, 31 March 2019

#Hiburan: Remy Ishak Berang, Dituduh Sedang Angau Dengan Mira Filzah


Sejak bergandingan dalam beberapa drama, ramai yang seakan jatuh cinta dengan keserasian pelakon Remy Ishak dan Mira Filzah. Tidak dinafikan, ada juga yang ingin mereka bercinta.

Namun, ada juga komen melampau yang menuduh Mira sebagai punca Remy putus tunang dan mendakwa pelakon lelaki itu kini sedang angau dengan Mira.

Komen mengarut itu membuatkan Remy hilang sabar dan bertindak untuk membidas kembali tuduhan yang dilemparkan oleh individu tersebut. Kata Remy janganlah memalukan kaum wanita bertudung yang lain dengan sikap yang kurang sopan dan memalukan seperti itu.

Walaupun ramai yang mahu kedua-dua pelakon ini menjalinkan hubungan istimewa, Mira dalam satu kenyataan sebelum ini memberitahu beliau hanya menganggap Remy sebagai rakan kerja sahaja dan tidak lebih daripada itu.

Sumber Berita : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

#Hiburan: (15 FOTO) Sekitar Majlis Persandingan Fasha Sandha & Aidil Aziz


Selepas setahun menyulam cinta, akhirnya pasangan Fasha Sandha dan Aidil Aziz selamat diijabkabulkan. Majlis pernikahan yang diadakan di Perlis itu dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan rapat kedua mempelai.

Pada hari yang sama juga, pasangan ini diraikan dalam sebuah majlis persandingan yang meriah. Fasha kelihatan begitu cantik dan anggun sekali dalam busana rekaan eksklusif pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini.

Ramai yang memuji majlis tersebut nampak cukup ringkas tetapi tetap indah melambangkan cahaya Fasha dan Aidil.

Jom kita layan beberapa lagi foto sekitar kemeriahan majlis persandingan Fasha dan Aidil dengan membaca entri in sepenuhnya. Kredit Foto : Fasha Sandha, Rizman Ruzaini & Project Two – Pi


sumber: beautifulnara.com #superpantas

#Hiburan: (VIDEO) Peminat Malaysia Terpukau Park Bo Gum Menyanyi Lagu Belaian Jiwa


Peminat tegar drama Korea pasti mengenali Park Bo Gum. Hujung minggu lalu beliau datang ke Malaysia bersempena dengan Park Bo Gum Asia Tour dan telah memukau peminatnya dengan persembahan yang cukup istimewa.

Park Bo Gum telah menyanyikan lagu Belaian Jiwa nyanyian asal kumpulan Innuendo dengan cukup merdu sekali dengan iringan piano yang dimainkannya sendiri.

Namun, apa yang membuatkan peminat lebih terpukau dan ‘cair’ apabila beliau menyanyikan lagu dalam Bahasa Malaysia dengan lancar dan sebutan lirik juga cukup jelas. Tiada pelat langsung.

Kini nama beliau trending di Twitter dan menerima pelbagai komen positif daripada netizen. Kata orang, memang Park Bo Gum mempunyai pakej yang lengkap, bukan sahaja mempunyai wajah yang kacak tetapi beliau juga sangat berbakat.

Kredit Video : YouTube EH Malaysia


sumber: beautifulnara.com #superpantas

#Hiburan: Netizen Puji Ucapan Ikhlas Jejai Buat Fasha Sandha Dan Aidil Aziz


Majlis pernikahan yang dinantikan antara aktres Fasha Sandha dan Aidil Aziz sudah pun selesai pada 30 Mac lalu. Diadakan di Perlis, majlis tersebut berlangsung cukup meriah sekali dan pasangan pengantin juga nampak cukup bahagia dan berseri-seri.


Bersempena dengan hari istimewa itu, bekas suami Fasha iaitu Rizal Ashram Ramli ataupun Jejaji memuat naik ucapan manis buat pasangan pengantin baru itu.

Jejai dalam ucapannya mendoakan agar perkahwinan Fasha dan Aidil kekal sehingga syurga dan pada masa yang sama beliau sempat juga memuji sikap Aidil yang baik serta penyayang kepada anak-anaknya.

Raamai memuji sikap Jejai yang sangat ikhlas dan menjaga hubungan baik dengan bekas isterinya Fasha meskipun mereka sudah lama berpisah.

Tidak dinafikan Jejai seorang lelaki budiman, sehingga kini beliau masih boleh berbaik dengan kedua-dua bekas isterinya dan pernah juga meraikan pernikahan kedua Nora Danish sebelum ini. Siapa tahu, lepas ini giliran Jejai pula dipertemukan jodoh.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

#Hiburan: Kuasa Lensa SuperZoom Huawei P30 Tonjolkan Keunikan Rekaan Henna Malam Berinai Fasha Sandha


Salah satu tradisi majlis perkahwinan Melayu yang sangat unik dan menarik adalah malam berinai. Dianjurkan beberapa hari sebelum majlis pernikahan, bakal pengantin perempuan akan diserikan dengan rekaan henna yang memukau di tangannya sambil diperhatikan oleh sahabat karib dan kaum keluarga.

fasha sandha berinai

Bakal pasangan pengantin “wedding of the year”, Aidil Aziz dan Fasha Sandha telah berkongsi beberapa gambar ekslusif malam berinai mereka untuk tatapan para peminat. Jelita di dalam baju kebaya berwarna ungu, rekaan henna yang cukup unik di tangan Fasha Sandha dapat dilihat dengan jelas walaupun diambil jauh dari pelamin.

fasha sandha berinai

Sebelum ini, Fasha dan Aidil juga telah berkongsi beberapa keping gambar “pra-perkahwinan” mereka sehingga menyebabkan para peminat tertanya-tanya sama ada ia diambil menggunakan smartphone Huawei P30. Berdasarkan gambar di atas yang menunjukkan keupayaan “zoom” sehingga 50x, maka memang “confirm” bahawa gambar-gambar yang dikongsikan oleh Fasha adalah dibidik dengan smartphone terbaru Huawei tersebut. Ini kerana, hanya Huawei P30 sahaja yang mempunyai lensa SuperZoom yang boleh meng”zoom” sehingga 50x tanpa menjejaskan kualiti resolusi gambar dan menyerlahkan segala perincian yang ada.

fasha sandha berinai

Selain tak sabar nak melihat pasangan sama cantik sama padan ini disatukan pada tarikh yang masih dirahsiakan, kami juga tidak sabar untuk menanti hari pelancaran Huawei P30 Series pada 2 April ini. Sudah pasti banyak fungsi-fungsi baru yang bombastik, terkini dan memukau akan turut didedahkan pada tarikh tersebut. Sama-sama kita nantikan.
huawei backupP.S: Ura-ura menyatakan bahawa Huawei Backup yang menyediakan 1TB ruang simpanan akan diberikan sebagai hadiah PERCUMA bersempena dengan pelancara Huawei P30 ini. Semua gambar, Hanya seberat 270g, segala gambar, video, dokumen dan applikasi dari smartphone anda boleh disimpan di dalam Huawei Backup ini dengan sepantas kilat hanya dengan menggunakan USB-C. Terbaik kan?


sumber: beautifulnara.com #superpantas

#Hiburan: (TAHNIAH) Bella Dally Sah Bergelar Isteri Ahli Perniagaan Hanya Dengan Sekali Lafaz


Masih tidak terlambat untuk kami ucapkan tahniah kepada pelakon jelita, Bella Dally yang sudah sah bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan, Arif Izuddin hanya dengan sekali lafaz dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Putrajaya, semalam.

Dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan terdekat, Arif menyerahkan mas kahwin berjumlah RM1,000 kepada Bella dan tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan oleh pengantin perempuan.

Pasangan ini berkenalan pada Ogos tahun lalu dan membuat keputusan untuk terus mengikat tali pertunangan pada 12 Januari lalu hanya selepas lima bulan berkenalan.  I

Ini merupakan perkahwinan kedua buat Bella, sebelum ini beliau pernah mendirikan rumah tangga dengan Nazim Othman tetapi jodoh mereka tidak panjang dan bercerai pada 2 Mei 2018.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto :  Instagram Orang Putih Kita


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Malaysia: Pengguna mampu bayar tarif air naik – Dr Xavier


Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar, berkata cadangan kadar kenaikan tarif air di seluruh negara secara berperingkat tahun ini masih berada pada paras rendah dan mampu ditanggung pengguna.

Menurutnya, kenaikan itu susulan penstrukturan semula perkhidmatan bekalan air negara pada kadar yang tidak membebankan pengguna.

Jelasnya, kadar tarif baharu yang akan dibayar pengguna itu akan dapat membantu syarikat bekalan air menanggung sebahagian daripada kos operasi dan perbelanjaan modal (capex), sekali gus membolehkan perkhidmatan bekalan air terawat terjamin.

“Kita akan menaikkan tarif dalam berapa sen saja untuk rakyat. Kalau kita bandingkan kadar yang dibayar penduduk negara jiran, sudah 20 tahun tarif tidak dinaikkan.

“Kita perlu bayar untuk utiliti. Ini tanggungjawab rakyat memastikan ia (perkhidmatan bekalan air) sempurna,” katanya dipetik MalaysiaDateline pada sidang media selepas melawat Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Linggi Fasa 4 di Rantau.

Sehubungan itu, beliau berharap perbincangan mengenai tarif air bersama kerajaan negeri akan menemui kata putus menjelang akhir tahun ini.

Isu kenaikan tarif air ini, tambahnya, memerlukan persetujuan bersama di antara Pusat dan kerajaan negeri kerana ia bukan saja menyentuh aspek pengguna, malah kemampuan syarikat air membekalkan air berkualiti kepada pengguna.

KLIK BACA: Tun Mahathir akui sangat tua masa tak banyak lagi untuk jadi PM

KLIK BACA: Najib bergembiralah dengan media sosial, lambat laun ke penjara.

KLIK BACA: Umno gagal dapat wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib

The post Pengguna mampu bayar tarif air naik – Dr Xavier appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Malaysia: Daim: Rakyat tak suka kerajaan layan seperti orang bodoh


Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dinasihatkan supaya tidak memperlekehkan rakyat dan melayan mereka seperti orang bodoh.

Mengakui bahawa “perasaan seronok” yang terhasil daripada pilihan raya umum ke-14 tahun lepas semakin menghilang, pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) Daim Zainuddin berkata, perasaan itu kini digantikan dengan perasaan tidak puas hati yang semakin banyak.

“Saya yakin dengan rakyat. Mereka lebih pandai daripada sangkaan anda.

“Jika anda jujur, mereka akan faham. Jangan pandaang mudah rakyat. Rakyat tidak suka kalau anda layan mereka seperti orang bodoh,” katanya dalam satu temu bual dengan akhbar Sunday Star.

Ketika ditanya tentang pencapaian kerajaan PH, bekas menteri kewangan itu berkata, lebih penting ialah bagaimana rakyat menilai prestasi itu.

Katanya, PH masih “sangat muda” dan pemimpinnya mesti meneroka matlamat dan prinsip bersama yang boleh dikongsi dan perjuangkan oleh kesemua anggota pakatan politik itu.

“Pakatan perlu fokus pada kekuatannya, iaitu komitmen pada demokrasi dan janji untuk memperkuat institusi perlembagaan kita,” kata beliau.

Dalam temu bual 90 minit itu, ketika ditanya jika wujud masalah dari sudut perkongsian kuasa dan kebolehan menteri yang dilantik menganggotai Kabinet, Daim berkata, “PH masih di peringkat umur kanak-kanak”.

“Jadi isu awal seperti perkongsian kuasa akan timbul kerana tidak semua orang tidak mementingkan diri sendiri.

“Bagaimanapun perwakilan parti komponen dalam Kabinet seimbang. Tidak seperti Barisan Nasional (BN), PH tidak mengamalkan kaedah perwakilan berkadar. Semua anggota setaraf,” katanya.

Daim juga mengemukakan pandangannya mengenai beberapa isu lain.

Pengganti Dr Mahathir

Ditanya tentang calon terbaik bagi menggantikan Dr Mahathr Mohamad sebagai perdana menteri, Daim berkata, “individu yang mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen”.

“…tetapi perkara ini telah diputuskan. Saya tidak faham kenapa ia terus dibangkitkan.

“Ada beberapa pihak yang suka mengambil peluang di atas ketidakstabilan. Mari kita tumpukan perhatian kepada ekonomi, sekali gus menyelesaikan isu yang akan meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat Malaysia.”

Daim berkata, tidak ada salahnya jika sebuah parti politik mahu bekerjasama dengan parti politik yang lain.

“Tetapi masalah akan timbul sekiranya anda berkata kerjasama anda adalah bagi memperjuangkan kaum atau agama tertentu.”

Politik perkauman

Daim berkata, politik perkauman tidaklah semakin memecahbelahkan, sebaliknya politik kini semakin berpecah mengikut garis perkauman.

“Ia mungkin bermula sebagai satu bentuk “permainan” yang dimainkan oleh ahli politik untuk mendapat sokongan, tetapi akan tiba ketikanya apabila ahli politik tidak berupaya mengawal emosi dan tindakan penyokong mereka.

“Ahli politik akan membangkitkan semangat mereka sehingga ia meluap-luap, akan tetapi apabila ia tidak dapat dikawal, mereka (ahli politik) akan berlepas tangan. Negara rugi, rakyat akan menderita akibatnya,”

Katanya, Malaysia merupakan sebuah negara pelbagai kaum dan agama.

“Kita tidak boleh lari daripada kenyataan ini. Malaysia dibangunkan dengan darah, peluh dan air mata semua kaum yang bekerja bersama-sama.”

Mengetuai CEP dan rundingan ECRL

Ketika ditanya apakah beliau bimbang sekiranya pelantikannya sebagai pengerusi CEP dan mengetuai beberapa tugas kerajaan seperti rundingan ECRL dengan China tidak diterima baik dalam kalangan sesetengah anggota PH, Daim berkata, beliau tidak terdengar rasa tidak puas hati sebegitu.

Sebilangan penulis blog mencadangkan saya tidak mengetuai rundingan tersebut.

“Hakikatnya tidak ramai menteri dalam PH yang mempunyai apa-apa pengalaman berunding dengan China. Saya mendapat peluang dan mempunyai pengalaman bekerja dengan kerajaan China selama bertahun-tahun dan berjaya menjalin hubungan berharga dengan mereka.

“Saya percaya sekiranya negara mendapat manfaat daripada rundingan yang saya kendalikan sekarang, maka mereka yang dikatakan tidak gembira itu akan menerimanya dengan baik.”

Beliau bersetuju dengan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, bahawa rundingan itu mengambil masa dan rumit.

“Beliau (Lim) sibuk dan untuk mengurus semua rundingan 2 hala ini akan menyebabkan beliau terpaksa menghabiskan masanya untuk satu perkara sahaja.

“Saya telah membantu kerajaan dalam isu rundingan 2 hala sejak tahun 80-an. Saya gembira sekiranya dapat menyerahkan rundingan itu kepada mana-mana orang yang berminat. Saya tahu (Tan Sri) Rafidah Aziz, antara lain, ada pengalaman dalam bidang ini.”

Ditanya sama ada beliau akan mengubah mana-mana syor CEP dalam keadaan sekarang, Daim berkata, “saya tidak boleh beritahu anda tentang itu kerana ia bermakna saya akan mendedahkan kandungan laporan CEP. Hanya perdana menteri boleh berbuat demikian.

“Sebagai anggota CEP kami tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi.

“Ada yang menulis dan berkata bahawa CEP menggugat kedudukan Kabinet. Jelas ada pihak yang tidak memahami Perlembagaan kita. Untuk pengetahuan anda, sesetengah negara mempunyai CEP dalam versi tertentu sebagai sebuah institusi kekal. Anda fikir ia menggugat Kabinet mereka?”

KLIK BACA: Tun Mahathir akui sangat tua masa tak banyak lagi untuk jadi PM

KLIK BACA: Najib bergembiralah dengan media sosial, lambat laun ke penjara.

KLIK BACA: Mahkamah batal saman Umno mahu wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib

The post Daim: Rakyat tak suka kerajaan layan seperti orang bodoh appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Malaysia: Perbicaraan Najib macam ‘sarkas’ – Wan Azizah


Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail bimbang siaran langsung perbicaraan kes bekas perdana menteri Najib Razak – dijadual bermula 3 April ini menjadikannya kecoh dengan sorak-sorai seperti persembahan sarkas.

“Itu bidang kuasa mahkamah, biar mahkamah memutuskannya. Walaupun kita merasakan rakyat ingin mengetahui perjalanan perbicaraan Najib, kita tak mahu menjadikannya satu persembahan sarkas,” katanya ketika ditemui pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau mengulas usaha warganet mengembalikan petisyen yang bermula di Change.org sembilan lalu agar perbicaraan Najib disiar secara langsung.

Najib sendiri menyokong cadangan itu dan menurutnya ia akan membantu perbicarannya berjalan dengan telus dan mematuhi kedaulatan undang-undang.

Najib berdepan 42 pertuduhan jenayah dan sepuluh daripadanya berkaitan SRC International, dulunya sebuah subsidiari 1MDB.

Berkaitan SRC International, Najib antaranya dihadapkan tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM42 juta, tiga pertuduhan pecah amanah jenayah dan satu pertuduhan salah guna kuasa.

Pada 8 Februari lalu, pihak pendakwa menambah tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram terhadapnya kerana didakwa menerima dana tidak sah berjumlah RM47 juta pada 8 Julai 2014.

Perbicaraan Najib pada awalnya dijadual bermula 12 Februari lalu, tetapi ditangguhkan untuk menunggu keputusan empat permohonan yang difailkan Najib.

Selain itu, perbicaraan kes 1MDB terhadap Najib juga dijadual bermula pertengahan April ini.

KLIK BACA: Tun Mahathir akui sangat tua masa tak banyak lagi untuk jadi PM

KLIK BACA: Najib bergembiralah dengan media sosial, lambat laun ke penjara.

KLIK BACA: Umno gagal dapat wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib

The post Perbicaraan Najib macam ‘sarkas’ – Wan Azizah appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Saturday, 30 March 2019

Malaysia: Khairy mengaku jumpa Taliban, Umno-PAS takkan jadikan Malaysia Taliban


Bekas ketua pemuda Umno malam tadi mempertahankan kerjasama Umno dengan PAS dari dikaitkan dengan Taliban.

Menurut Khairy Jamaluddin Abu Bakar beliau kenal kumpulan yang pernah mentadbir Afghanistan itu dan kerjasama Umno dengan PAS tidak akan menjadikan Malaysia seperti dibawah kuasa Taliban.

Khairy mendakwa pernah menemui Taliban semasa bertugas sebagai wartawan sebuah majalah di London pada 1999.

“Saya tahu tentang Taliban. Ini bukan kerana saya Taliban. Saya pernah jumpa Taliban dulu.

“Cara pemerintahan Taliban memang ekstrem bukan macam di sini, jauh beza nak bandingkan dengan kami,” katanya seperti dipetik Sinar Harian.

Sebelum ini, Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming menyifatkan kerjasama PAS dan Umno yang sedang berlangsung kini akan membawa negara ke arah pemerintahan ala Taliban.

Nga yang juga anggota parlimen Teluk Intan dan timbalan speaker Dewan Rakyat mempertahankan kenyataannya dan enggan memohon maaf.

Pada 28 Mac lalu, semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat, Khairy menggunakan istilah Taliban merujuk Nga Kor Ming.

Nga kemudiannya membalas mengatakan Khairy sebagai biadap.

KLIK BACA: Tun Mahathir akui sangat tua masa tak banyak lagi untuk jadi PM

KLIK BACA: Najib bergembiralah dengan media sosial, lambat laun ke penjara.

KLIK BACA: Mahkamah batal saman Umno mahu wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib

The post Khairy mengaku jumpa Taliban, Umno-PAS takkan jadikan Malaysia Taliban appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Malaysia: PM janji baiki rumah suami isteri uzur


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad beramah mesra bersama pesakit lelaki yang lumpuh Othman Bakar, 66, dalam lawatan ke rumah asnaf di Sungai Kelibang Kuah hari ini. – Foto Bernama

LANGKAWI 30 Mac – Hasrat pasangan suami isteri untuk memperbaiki rumah mereka yang uzur di Kampung Kelibang Tepi Laut di sini akhirnya tertunai hasil ihsan pemimpin nombor satu negara.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang meluangkan masa daripada jadual padat program beliau di pulau ini, hari ini mengunjungi rumah Othman Bakar, 66, dan isterinya Indon Abdul Rahman, 53, di kampung tersebut.

Lebih memilukan apabila Othman yang sebelum ini bekerja sebagai tukang rumah, lumpuh sejak empat tahun lalu, sekali gus menyukarkan Indon terutama jika ingin memandikan suaminya. Pasangan itu tinggal di rumah berkenaan bersama-sama seorang anak lelaki berumur 27 tahun.

Dr. Mahathir yang juga Anggota Parlimen Langkawi bukan sahaja bertanya khabar keadaan kesihatan Othman, malah beliau turut bertanyakan keadaan rumah tersebut dan meninjau sendiri kediaman pasangan itu.

Di akhir pertemuan, Dr. Mahathir menghulurkan bantuan peribadi dan berjanji akan membaiki rumah berkenaan.

Beliau kemudian beredar untuk meninjau keadaan Pangkalan Sungai Kelibang di sini dan mengikuti penerangan yang disampaikan Ketua Cawangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelibang Kamarudin Samah. – Bernama

KLIK BACA: Tun Mahathir akui sangat tua masa tak banyak lagi untuk jadi PM

KLIK BACA: Najib bergembiralah dengan media sosial, lambat laun ke penjara.

KLIK BACA: Mahkamah batal saman Umno mahu wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib

The post PM janji baiki rumah suami isteri uzur appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Malaysia: Mujahid, Guan Eng tak campurtangan Tabung Haji – Ahli Lembaga Pengarah


Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji, Prof. Dr. Ashraf Md Hashim mengucapkan terima kasih kepada rakyat negara ini yang prihatin dengan agensi pengurusan ibadah haji umat Islam tersebut.

Kenyataan penuh beliau di bawah dipercayai berkaitan tuduhan bahawa berlaku campurtangan politik dalam Tabung Haji dan dakwaan ia dikuasai oleh orang Cina DAP merujuk kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

oleh Prof. Dr. Ashraf Md Hashim 

Terima kasih kepada yang prihatin kes Tabung Haji. Ini menunjukkan kita sayang kepada organisasi ini.

Secara ringkas, saya simpulkan:

Lembaga Pengarah baru telah melantik Pricewaterhouse Cooper (PWC), iaitu sebuah firma audit antarabangsa yang bebas politik dan mempunyai kredibiliti untuk melakukan semakan mengenai kedudukan sebenar Tabung Haji (TH).

Tiada arahan untuk mencari salah sesiapa, melainkan menyatakan hakikat sebenar.

Apa yang dijumpai adalah hakikat sebenar tidak sama sebagaimana dalam laporan kewangan.

Sahabat-sahabat boleh lihat nota lembaga pengarah dalam dokumen yang dibentangkan dalam parlimen.

Boleh minta dari mana-mana ahli parlimen terdekat.

“Kawal Selia” oleh Bank Negara bukan bermaksud Tabung Haji akan berada di bawah Bank Negara (BNM).

Tiada dalam Akta Tabung Haji yang menyatakan bahawa Tabung Haji berada bawah BNM.

Cuma lembaga pengarah mahukan secara self regulated, dari segi urus tadbir, untuk BNM buat audit ke atas operasi TH.

Sebagaimana BNM buat audit ke atas semua bank-bank komersial yang lain.

Melalui audit tersebut, salah silap, penambahbaikan dan sebagainya akan dicadangkan.

Dalam bab ini, BNM memang mempunyai pasukan yang kuat dan berpengalaman. Kalau ada salah laku, akan dapat dihidu lebih awal dan langkah mengatasinya dapat dilakukan.

Dalam menjalankan tugas ini, BNM tidak menerima arahan dari Menteri Kewangan.

Ia menjalankan tugas berpandukan Akta Bank Negara.

`Kawal selia’ ini tidak bermaksud TH di kawal oleh BNM. Semua keputusan akan dibuat oleh TH sebagaimana diperuntukkan oleh Akta TH.

Sepanjang lebih kurang empat bulan saya dalam lembaga pengarah tabung haji, dengan mesyuarat lembaga dan jawatankuasa lembaga yang hampir setiap minggu, saya boleh sahkan bahawa tiada lansung campur tangan politik, Mujahid Yusof, apatah lagi menteri kewangan.

Untuk makluman, sebelum dilantik, saya telah dipanggil oleh CPE. Selepas sesi ‘berkenalan’, mereka maklumkan hasrat untuk melantik saya ke dalam lembaga pengarah TH dengan mandat: “Cakap apa yang betul itu betul, dan yang salah itu salah.”

Alhamdulillah, dengan mandat tersebut, saya bersetuju. Saya nampak, begitu juga pendirian ahli-ahli lembaga yang lain.

Doakan kami semoga dapat menunaikan amanah yang berat ini sebaiknya.

PROF DR ASHRAF MD HASHIM – Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji | Ahli Komiti Shari’ah International Islamic Liquidity Management Cooperation | Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia |Ahli Komiti Shari’ah Tabung Haji | Ahli Persatuan Perbankan Islam Malaysia. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Tun Mahathir akui sangat tua masa tak banyak lagi untuk jadi PM

KLIK BACA: Najib bergembiralah dengan media sosial, lambat laun ke penjara.

KLIK BACA: Mahkamah batal saman Umno mahu wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib

The post Mujahid, Guan Eng tak campurtangan Tabung Haji – Ahli Lembaga Pengarah appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Malaysia: Nancy Shukri: Sarawak bukan ‘bodoh’ Putrajaya tarik balik projek


KUALA LUMPUR: Seorang wakil rakyat Sarawak memberi amaran kepada Putrajaya agar jangan menganggap rakyat Sarawak bodoh selepas kerajaan persekutuan menarik balik projek pembinaan 3 jambatan atas alasan kekangan wang.

Ahli Parlimen Batang Sadong, Nancy Shukri berkata, beberapa wakil rakyat Sarawak membangkitkan isu pembinaan jambatan di Igan, Rambungan dan Batang Lupar dan pembangunan lain di Dewan Rakyat tetapi alasan diberi sama sahaja.

“Kerajaan persekutuan atau mana-mana parti memerintah harus beri kemudahan ini untuk kegunaan rakyat Sarawak. Tidak bolehlah kata tidak ada duit. Sudah beberapa kali isu ini dibangkitkan di Dewan Rakyat, menteri asyik kata tunggu lagi.

“Kami bukannya bodoh, cakap duit tidak ada tetapi sebenarnya banyak duit. Kalau jadi pemimpin, jadilah pemimpin untuk semua rakyat. Masa pilihan raya bolehlah bergaduh untuk menang tetapi lepas pilihan raya janganlah berdendam,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg mengkritik Putrajaya dan menggelarnya buruk siku selepas menarik balik projek pembinaan 3 jambatan itu dan beberapa projek lain.

Menurut Abang Johari, tindakan menarik balik pembinaan jambatan itu selepas diluluskan sewaktu pentadbiran Barisan Nasional (BN) dilihat janggal ketika Putrajaya bersungguh-sungguh mahu menghasilkan kereta terbang pertama negara.

Nancy berkata, bukan setakat 3 projek jambatan itu sahaja yang ditarik balik, projek-projek pembangunan kecil lain, yang bernilai RM20,000 hingga RM30,000 juga dibatalkan.

“Betapa kejamnya kerajaan yang ada pada hari ini. Saya kata demikian kerana kami merasainya, saya bersyukur kerana kerajaan Sarawak dapat berikan kami peruntukan. Jika tidak diberikan peruntukan, kami turun ke kawasan tidak ada duit,” katanya.

Nancy berkata, walaupun negerinya dikatakan ketinggalan namun banyak projek hendak dilaksanakan disitu dan banyak pihak hendak berkawan dengan orang Sarawak.

“Mereka hendak gunakan sebagai proksi. Saya cakap betul, jangan perbodohkan kami, kerana ini adalah hak orang Sarawak,” katanya.

Menurut Nancy, mana-mana pihak mempersoalkan apakah sumbangan Barisan Nasional (BN) selama 55 tahun di Sarawak harus melihat semula diri mereka, memandangkan setiap pembangunan di negeri berkenaan dilakukan kerajaan terdahulu.

“Ada yang kata BN memerintah selama 55 tahun, apa yang BN lakukan. Jangan malukan diri sendiri, jangan soal kami sedemikian. Jika tidak kerana BN, anda bersekolah di mana? Jalan mana yang anda lalui? Setakat ini mana dia legasi dari PH?

“Jangan sombonglah, semua keindahan dan pembangunan di Sarawak itu daripada kerajaan BN. Saya marah sebab kami sudah buat kerja. Kami dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak malu berjalan mendongakkan kepala. Kami bangga kerana tahu sudah jalankan tugas dengan baik,” katanya. – Sumber ihsan FMT

KLIK BACA: Tun Mahathir akui sangat tua masa tak banyak lagi untuk jadi PM

KLIK BACA: Najib bergembiralah dengan media sosial, lambat laun ke penjara.

KLIK BACA: Mahkamah batal saman Umno mahu wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib

The post Nancy Shukri: Sarawak bukan ‘bodoh’ Putrajaya tarik balik projek appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Malaysia: Najib U Turn kini mahu perbicaraan disiar di TV


Najib Razak menyokong siaran langsung perbicaraannya berdepan 7 tuduhan berkaitan SRC International pada Rabu [3 April] meski pun sebelum ini beliau memohoh perintah mahkamah menghalang orang awam dari membincangkan perbicaraan dirinya di media sosial.

“Saya akan menyokong siaran langsung [TV] kerana ia akan membantu ketelusan. Rakyat mempunyai hak untuk tahu kebenaran.”kata bekas Perdana Menteri kepada Free Malaysia Today.

Najib berdepan 7 tuduhan pengubahan wang, pecah amanah jenayah dan salah guna kuasa berhubung dana RM42 juta milik SRC International, yang ketika itu anak syarikat 1MDB.

SRC International telah meminjam dana pencen sebanyak RM4 bilion.

Rakyat kembali berminat dengan idea siaran langsung perbicaraannya selepas Mahkamah Persekutuan membenarkan perbicaraan bermula di Mahkamah Tinggi yang sebelum ini ditangguhkan.

Sementara itu, sebuah petisyen di Change.org telah dimulakan bagi menuntut perbicaraan langsung Najib Razak di televisyen dengan menjual hak penyiaran di mana hasil yang diperoleh dimasukkan ke dalam Tabung Harapan.

Bagaimanapun, beberapa pengamal undang-undang memberi amaran siaran langsung boleh menjejaskan integriti prosiding.

Mahkamah Tinggi akan mulakan pendengaran pada 3 April ini. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Tun Mahathir akui sangat tua masa tak banyak lagi untuk jadi PM

KLIK BACA: Najib bergembiralah dengan media sosial, lambat laun ke penjara.

KLIK BACA: Mahkamah batal saman Umno mahu wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib

The post Najib U Turn kini mahu perbicaraan disiar di TV appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Malaysia: Wan Azizah: PH bukan kerajaan sepenggal, jangan bagi BN perintah Malaysia lagi


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. – Foto Astro Awani

TERENGGANU: Rakyat diharap jangan labelkan Pakatan Harapan sebagai kerajaan sepenggal dan dibandingkan dengan rejim Umno-BN yang merosakkan negara selepas diberi peluang mentadbir selama lebih 60 tahun.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerajaan Harapan sebaliknya kini bertungkus-lumus memperbaiki kerosakan negara dalam tempoh kurang setahun.

“Tak wajar banding dengan BN yang dah 60 tahun berkuasa sebelum ini.

“Apakah hendak bagi balik pentadbiran kepada mereka yang dah merosakkan dan diberi peluang selama 60 tahun?

“Melihat kami yang cuba memperbaikinya – tohmahan demi tohmahan – ini yang membuatkan kami rasa kecewa juga.

“Saya mohon agar kita faham antara satu sama lain. Situasinya memanglah tidak seindah yang difikirkan yang digembar-gemburkan tetapi tidaklah seburuk seperti yang dikatakan pihak yang memusuhi kita,” katanya ketika bercakap di majlis temu mesra KEADILAN Terengganu, semalam.

Pakatan Harapan berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei 2018.

Kerajaan Harapan kini memasuki bulan kesembilan pentadbirannya dan berjaya menunaikan sebahagian besar manifesto Buku Harapan.

KLIK BACA: Tun Mahathir akui sangat tua masa tak banyak lagi untuk jadi PM

KLIK BACA: Najib bergembiralah dengan media sosial, lambat laun ke penjara.

KLIK BACA: Mahkamah batal saman Umno mahu wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib

The post Wan Azizah: PH bukan kerajaan sepenggal, jangan bagi BN perintah Malaysia lagi appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Malaysia: Petisyen tuntut Najib dibicarakan secara langsung


Sebahagian rakyat Malaysia menandatangani petisyen agar perbicaraan kes pengubahan wang haram membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak pada Rabu ini disiarkan secara langsung.

Puluhan ribu rakyat Malaysia menandatangani petisyen atas talian di Change. Org.

Najib akan dibicarakan padaa 3 April atas tuduhan melakukan pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah melibatkan SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.

Tujuan SRC International dikatakan antara lain untuk melabur dalam industri strategik yang akan memberi manfaat kepada Malaysia dan telah meminjam sebanyak RM4 bilion daripada Dana Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) untuk berbuat demikian.

SRC yang dilihat gagal dalam pelaburannya kemudian diselamatkan oleh Kementerian Kewangan yang diketuai Najib pada tahun 2012.

KLIK BACA: Najib bergembiralah dengan media sosial, lambat laun ke penjara.

KLIK BACA: Mahkamah batal saman Umno mahu wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib

The post Petisyen tuntut Najib dibicarakan secara langsung appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

#Hiburan: (26 GAMBAR)Sekitar Majlis Pernikahan Fasha Sandha & Aidil Aziz


Alhamdulillah. Jutaan tahniah diucapkan kepada Fasha Sandha dan Aidil Aziz yang telah sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan pasangan sama cantik sama padan ini telah pun berlangsung di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar Perlis pagi tadi. Untuk makluman, Aidil telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300. Wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.
gambar nikah fasha sandhaKedua-dua pasangan nampak berseri-seri dan memukau dengan baju pengantin serba putih. Memang bak pinang dibelah dua. Fasha Sandha telah melahirkan rasa kesyukuran majlis pernikahannya itu telah berlangsung dengan lancar dan berharap agar cepat-cepat dapat menimang cahaya mata. Kata Fasha:-

Allah sudah tetapkan jodoh kami dan saya mengharapkan hubungan ini kekal hingga akhir hayat. Alhamdulillah, majlis akad nikah selesai dengan sekali lafaz. Doakan kami bahagia dan cepat timang anak

gambar nikah fasha sandha

Tahniah sekali lagi diucapkan. Kami di BeautifulNara mendoakan agar perkahwinan Fasha kali ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Lagi beberapa gambar sekitar majlis pernikahan Fasha Sandha dan Aidil Aziz dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram @FashaSandha.


gambar nikah fasha sandha
gambar nikah fasha sandha
gambar nikah fasha sandha
gambar nikah fasha sandha
gambar nikah fasha sandha
gambar nikah fasha sandha
gambar nikah fasha sandha
gambar nikah fasha sandha
gambar nikah fasha sandha
gambar nikah fasha sandha
gambar nikah fasha sandha
gambar nikah fasha sandha
gambar nikah fasha sandha
gambar nikah fasha sandha
gambar nikah fasha sandha
gambar nikah fasha sandha
gambar nikah fasha sandha
gambar nikah fasha sandha
gambar nikah fasha sandha
gambar nikah fasha sandha
gambar nikah fasha sandha

gambar nikah fasha sandha

gambar nikah fasha sandha

gambar nikah fasha sandha


sumber: beautifulnara.com #superpantas