Sunday, 20 January 2019

#Informasi: PH 'akan' Henti Serta Merta Guna Jentera K''jaan. Boleh Percaya Ke?


M.MANOGARAN


CAMERON HIGHLANDS 21 Jan. - Pakatan Harapan (PH) akan menghentikan serta merta penggunaan semua jentera kerajaan untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands.
Hasil carian imej untuk lidah bercabang
Calon PH, M. Manogaran berkata, pihaknya akan menghentikan apa juga kemudahan kerajaan termasuk kenderaan atau jentera kerajaan yang tidak selaras dengan panduan undang-undang pilihan raya.
"Saya berharap pihak lawan (Barisan Nasional) juga harus patuh kepada undang-undang kerana saya juga dapat tahu mereka juga tidak mematuhi undang-udang dalam kempen PRK di sini," katanya.
Beliau mengulas rakaman viedo yang tular di laman sosial sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki kedua-dua lelaki mempunyai logo Jabatan Perhutanan Negeri Pahang yang disembunyikan di bawah bendera parti
PH dan Jalur Gemilang. - UTUSAN ONLINE
Komen Weblog Ibnu Hasyim: 'akan'?. Ye ke.. boleh percaya janji PH?

sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment