Tuesday, 15 January 2019

#Informasi: Luncur Ombak Mampu Harumkan T'ganu. Tetapi Mesti..


SEBAHAGIAN peserta luncur ombak COMPLOT 2.0 bergambar bersama
SEBAHAGIAN peserta luncur ombak COMPLOT 2.0 bergambar bersama selepas penyampaian hadiah, baru-baru ini. - UTUSAN/AZLAN BAHRUM


SUKAN
KUALA TERENGGANU 15 Jan. - Sukan luncur ombak berpotensi besar mengharumkan nama Terengganu bukan sahaja dalam kejohanan tempatan berskala kecil bahkan di persada dunia pada masa akan datang.

Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ibnu Amin Busu berkata, pihaknya bersedia membantu memajukan kegiatan riadah itu terutama apabila ia dipertandingkan dalam temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada tahun depan di samping Sukan SEA 2019 di Filipina.

"Dahulu kita pernah anjur perlumbaan kapal layar Piala Monsun (Monsoon Cup) di perairan Pulau Duyung dan luncur ombak ini boleh juga jadi satu lagi sukan yang dipopularkan pada musim
tengkujuh.
"Kita lihat sukan ini mempunyai potensi besar kepada Terengganu dan boleh dimajukan dengan lebih baik sekali gus diketengahkan di peringkat antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas menutup kejohanan luncur ombak COMPLOT 2.0 anjuran Persatuan Luncur Ombak Terengganu (PLOT) di Pantai Batu Buruk di sini, baru-baru ini.

Kejohanan selama dua hari dengan keseluruhan 70 penyertaan itu menyaksikan peserta dari Cherating, Pahang, Mohd. Nazrin Nasruddin menjuarai kategori terbuka shortboard, manakala tempat kedua dimenangi Muhammad Didaqt Mussaddiq dan Muhammad Aiman Syafeeq di kedudukan ketiga serta Mohd. Daud di tempat keempat.

Bagi kategori longboard terbuka pula dimenangi Mohd. Suhaimi, sementara Muhammad Khairul Muzaffar Shahnun tempat kedua dan kedudukan ketiga serta diraih Muhammad Izzi Mohd. dan Asrul Hafizuddin Suhaimi.

Bagi kategori terbuka wanita, peserta tunggal bertudung, Mona Rasidah Abdul Rashid menjuarai pertandingan itu, manakala Nur Alia di tempat kedua dan Qadeja Munirah Mussaddiq serta Sarah Faqihah masing-masing menghuni tangga ketiga serta keempat.

Ibnu Amin berkata, penggiat sukan luncur ombak perlu didedahkan dengan siri-siri latihan di luar negara berikutan keadaan ombak deras membadai di Terengganu hanya terhad pada musim tengkujuh.

"Kalau hendak bawa aktiviti ini ke peringkat antarabangsa, kita tidak boleh berlatih di Terengganu sahaja kerana sukan luncur ombak di sini bersifat bermusim, jadi, di luar musim tengkujuh mereka kena berlatih di luar negara.

"Saya sarankan mana-mana persatuan sukan termasuk luncur ombak segera mendaftar dengan pesuruhjaya sukan dan badan gabungan di bawah MSNT untuk diketengahkan. Setakat ini, kita ada 44 persatuan sukan yang berdaftar di bawah kita," katanya. (Utusan)
Kejohanan luncur ombak COMPLOT 2.0 Peluncur ombak bertudung, Mona Rasidah Abdul Rashid, muncul juara kategori terbuka wanita dalam kejohanan luncur ombak COMPLOT 2.0 anjuran Persatuan Luncur Ombak Terengganu (PLOT) di Pantai Batu Buruk, petang tadi. - UTUSAN ONLINE/AZLAN BAHRUM

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Memang 'sukan luncur ombak' mampu harumkan nama Terengganu hingga ke peringkat antarabangsa. Apalagi bila sukannya ikut syariat, bukan sukan 'berpakaian tapi telanjang' seperti tegahan Nabi SAW.
Lihat juga..
Bukan begini..
 Inilah 'berpakaian tetapi telanjang. Pakaian gadis ini, nyaris terlucut ketika meluncur ombak.

sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment