Saturday, 26 January 2019

#Informasi: K'sama Pas, Penyumbang Kemenangan BN - Tok Mat


Kerjasama dengan Pas penyumbang kemenangan BN - Tok Mat
Datuk Seri Mohamad Hasan (tengah) berkata, penyatuan ummah serta bantuan oleh Pas amat jelas apabila pengundi yang mengundi untuk parti tersebut pada PRU14 lalu memberi kepercayaan kepada BN. - Foto Astro AWANI/Shahir Oma 

TANAH RATA: Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands menjadi penyumbang kepada kemenangan calon BN, Ramli Mohd Nor.

Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, penyatuan ummah serta bantuan oleh Pas amat jelas apabila pengundi yang mengundi untuk parti tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu memberi kepercayaan kepada BN.

"Ini jelas menerusi peti-peti undi yang sebelum ini dimenangi Pas tetapi atas kerjasama dua parti ini, iaitu UMNO dan Pas, ia dapat membuahkan hasil.

"Ini strategi yang amat baik dan kita akan meneruskan strategi dan kerjasama ini bagi memastikan agenda penyatuan ummah di negara ini dapat terus diperkasakan," kata Mohamad dalam sidang media selepas pengumuman keputusan PRK Cameron Highlands di  Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad Shah di sini pada Sabtu.

Tambahnya, strategi yang dilaksanakan BN dengan menempatkan jenteranya bersama pengundi sepanjang tempoh berkempen turut membuahkan hasil.

Katanya, kaedah yang lain daripada lain itu akan diteruskan dalam PRK Semenyih pada Mac ini serta di tempat lain.

"Kemenangan ini amat manis dan menjadi pembakar semangat kepada jentera parti untuk menghadapi PRK Semenyih.

"Kita yakin jika kita berkerja kuat dan boleh menyakinkan rakyat bahawa BN masih lagi sebuah parti walaupun tidak lagi mentadbir kerajaan, tetapi jika diberikan peluang akan terus membawa agenda membangunkan rakyat," tambahnya.

BN berjaya mempertahankan kubu kuatnya di kerusi Parlimen Cameron Highlands apabila calonnya, Ramli Mohd Nor menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), M. Manogaran dengan undi majoriti sebanyak 3,238. (AA)

sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment