Thursday, 24 January 2019

#Informasi: 'daif pemikiran K/Siang' Anggap Orang Asli Pendatang.


LIM KIT SIANG
Kit Siang perlu lebih banyak belajar mengenai Malaysia

KUALA LUMPUR 24 Jan. - Kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengenai taraf kerakyatan Orang Asli amat memalukan dan seolah-olah memperkecilkan mereka.
Janjinya untuk membantu Orang Asli mendapatkan taraf kewarganegaraan membuktikan bahawa DAP selama ini tidak tahu dan tidak pernah ambil tahu akan masyarakat itu.
Jabatan Komunikasi Strategik Penerangan UMNO mendakwa DAP selama ini menganggap masyarakat Orang Asli sama dengan pendatang asing dari China, India dan Indonesia yang memerlukan mereka memohon taraf pemastautin tetap (PR) sebelum diberi kewarganegaraan.
“Sungguh daif pemikiran Kit Siang dan pemimpin lain parti itu mengenai Orang Asli, termasuklah calonnya di Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands.
“Kenyataan ini akan selamanya menjadi bahan tertawa politik apabila penggiat media sosial sudah mula menempelak Kit Siang dan DAP,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Kata kenyataan itu lagi, apa yang pasti tindakan Kit Siang memperkecil kedudukan Orang Asli adalah cubaan untuk meremehkan dan menghina kaum pribumi tersebut.
Ujarnya, Kit Siang perlu lebih banyak belajar mengenai Malaysia terutama suku kaumnya sebelum membuat sebarang kenyataan.
“Makin banyak beliau dan pemimpin DAP bercakap, makin banyak kesilapan yang mereka lakukan,” katanya. - UTUSAN ONLINE
Imej yang berkaitan
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-32: Bersama Orang Asli..
E-Buku IH-32: Bersama Orang Asli..

Lihat juga..

sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment