Wednesday, 30 January 2019

#Informasi: Bom Meletup Dalam Masjid S/Filipina: 2 Maut, 4 Cedera.


Bom tangan meletup dalam masjid di Selatan Filipina: Dua maut, empat cedera
Setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan terhadap masjid itu. Twitter/@TausugAku95 

MANILA: Sekurang-kurangnya dua orang maut manakala empat lagi cedera selepas sebutir bom tangan meletup dalam sebuah masjid di bandar Zamboanga yang terletak di selatan Filipina pada awal Rabu, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan polis.

Dua individu tidak dikenali telah melemparkan bom tangan itu ke arah masjid, menyebabkan dua lelaki berusia 46 dan 47 tahun terbunuh.

Polis berkata mangsa, kebanyakannya adalah pendakwah Islam dari Pulau Basilan dan wilayah berhampiran, sedang tidur ketika serangan. 
Setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan itu.

Serangan ke atas masjid itu berlaku susulan insiden letupan berkembar pada Ahad di sebuah gereja di Pulau Jolo dalam wilayah Sulu di selatan Filipina yang meragut lebih 20 nyawa.

Filipina telah mengambil langkah berjaga-jaga manakala pihak berkuasa sedang menyiasat insiden serangan di Pulau Jolo.
-- BERNAMA

sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment