Sunday, 27 January 2019

#Hiburan: Suka Makan Nando’s? Ini 5 Fakta Wajib Tahu Tentang PERi-PERi


Nando’s adalah salah satu restoran kegemaran rakyat Malaysia. Kelazatan ayam PERi-PERi nya yang di”grill” dengan pelbagai pilihan sos mengikut tahap ketahanan pedas anda memang membuatkan kita terliur. Sekali dah rasa, memang akan terus jatuh cinta punya.

tengok gambar pun dah terliur. Sedapnya!!!

Ketika anda sedang syok menjamu selera di Nando’s, pastinya anda pernah terfikir apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan “PERi-PERi”. Ha, hari ini Abang Nara akan bongkarkan segala rahsia dan fakta tentang keunikan dan keistimewaan “PERi-PERi” yang hanya boleh dinikmati di Nando’s. Lepas ini bolehlah korang sembang lebat dengan member-member sambil meratah ayam PERi-PERi Nando’s.

  1. PERi-PERi adalah sejenis cili

PERi-PERi ini sebenarnya adalah sejenis cili iaitu cili African Bird’s Eye. Ia ditanam di benua Afrika dan mempunyai banyak khasiat dan kaya dengan vitamin, A, B dan C. Cili ini juga membantu meningkatkan kadar metabolisma, memulihkan mood dan meningkatkan penghasilan endorphin ketika anda memakannya.

  1. Sos Nando’s pun guna PERi-PERi

Cili PERi-PERi ini juga turut digunakan di dalam penghasilan sos Nando’s yang sangat popular. Ia dicampurkan dengan beberapa bahan lain seperti lemon, garam, bawang dan minyak. Ada 5 pilihan perisa ayam (PERi-ometer) dan 5 sos yang boleh dicicah berdasarkan tahap tahan pedas masing-masing. Antara perisa ayamnya,  Lemon & Herb, Smoky PERi-PERi, Mild, Hot, Extra Hot. Antara perisa sos untuk mencicah di restoran adalah Wild Herb, Garlic, Mild, Hot dan Extra Hot.

  1. Ayam Nando’s di”marinate” dengan PERi-PERi selama 24 jam

Sebelum ia di”grill”, ayam Nando’s akan di”marinate”kan dengan PERi-PERi selama 24 jam untuk rasa yang lebih padu, sekata dan mantap. Itu yang bila masuk ke dalam mulut je kita akan terus terasa kepedasan cili PERi-PERi nya. Power kan?

  1. Nando’s sebenarnya berasal dari Afrika Selatan

Satu kekeliruan umum yang sinonim dengan Nando’s ialah ia dianggap berasal dari Portugal. Fakta sebenarnya ialah Nando’s tercipta di Afrika Selatan. Sekarang ini ada lebih 500 ekar ladang cili PERi-PERi dengan 1,400 peladang yang bekerja untuk membekalkan cili istimewa ini buat Nando’s. Paling penting, Nando’s menggunakan ayam halal untuk kesemua restorannya di seluruh dunia. Terbaik bukan?

  1. Kini ada Nando’s Smoky PERi-PERi

Bersempena tahun 2019, Nando’s kini menawarkan ayam Smoky PERi-PERi sebagai perisa terbaru mereka. Diinspirasi daripada kombinasi penuh magik warna-warni Afrika, warisan unik dan rasa ‘smoky’ daripada pembakaran secara ‘open air’,  Smoky PERi-PERi menawarkan seekor ayam yang penuh dengan perisa, manis, rasa ‘smoky paprika’, sedikit sentuhan limau, kepelbagaian herba dan sudah tentu, cili PERi-PERi yang menjadi lambang keistimewaan Nando’s. Kesemua rasa ini tergabung untuk mencipta satu rasa yang menyerupai ayam BBQ yang lazat dan menyelerakan.

Berdasarkan Nando’s PERi-ometer, ayam Smoky PERi-PERi ini adalah pedas sedikit berbanding Lemon & Herb. Namun ia kurang pedas jika dibandingkan dengan perasa Mild. Ia adalah cukup sempurna untuk mereka yang gemarkan makanan berperisa namun tidak terlalu pedas. Paling penting, ia membawa satu dimensi baru kepada jenis ayam yang ditawarkan di Nando’s.

Smoky PERi-PERi Meal Platter untuk 2 orang adalah cara terbaik untuk merasai sendiri keunikan dan keistimewaan menu terbaru daripada Nando’s ini. Selain daripada seekor ayam, anda akan turut memperolehi 1 “regular” atau 2 “large” hidangan sampingan bersama dengan 2 air “bottomless soft drink” pada harga RM65.90 sahaja. Memang berbaloi-baloi. Jadi tunggu apa lagi? Ajak terus best friend anda untuk makan tengah hari di Nando’s hari ini juga dan menikmati kelazatan Nando’s Smoky PERi-PERi yang terbaru ini. Maklumat lanjut layari Facebook Nando’s Malaysia. Selamat menjamu selera.




sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment