Wednesday, 16 January 2019

#Hiburan: Kontroversi Kelab Malam Dan Arak : Gelaran Dewi Remaja 2018/2019 Haneesya Hanee Ditarik Balik


Susulan kontroversi berhibur di kelab malam dan meminum arak, gelaran Haneesya Hanee sebagai Dewi Remaja 2018/2019 ditarik balik kerana didapati telah melanggar kontrak  serta syarat-syarat yang telah ditandatanganinya ketika menyertai pertandingan Dewi Remaja.

Menerusi satu sidang media khas yang diadakan oleh pihak Nu Ideaktiv tengah hari tadi, Haneesya yang sedih dengan apa yang berlaku menyerahkan semula  mahkota kemenangannya, trofi serta selempang Dewi Remaja.

Menurut Editor Majalah Remaja, Faiz Aiman, tiada sesiapa yang akan ditabalkan sebagai Dewi Remaja terbaru bagi edisi 2018/2019.  Tempat kedua masih milik Tia Sarah begitu juga dengan Sherin Amiri di tempat ketiga.

Difahamkan, video yang tersebar itu berlaku sebulan sebelum pertandingan akhir rancangan pencarian bakat itu. Malah, pada malam kemenangan 13 Januari lalu, Haneesya berada di rumah bersama keluarganya.
Kami harap Haneesya akan jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran dan janganlah mensia-siakan bakat yang anda miliki. Semoga terus maju jaya walaupun tidak lagi bergelar Dewi Remaja.

Sumber Berita : Media Hiburan

Kredit Video : Facebook  Remaja & Instagram Majalah Remaja


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment