Wednesday, 23 January 2019

#Hiburan: Berhijrah Memang Senang Tapi Bukan Mudah Untuk Kekal Istiqamah – Nelydia Senrose


Baru sahaja pulang dari mengerjakan ibadah umrah bersama keluarganya, ramai peminat yang ingin sekali melihat pelakon Nelydia Senrose berubah dan kalau boleh mengenakan hijab sepenuhnya.

Bukan mudah untuk kekal istiqamah selepas berhijrah, Nelydia meminta agar peminat mendoakan yang baik-baik untuk dirinya dan memberikannya sedikit ruang serta masa untuk berubah. Biarlah ia lahir dari hati yang ikhlas tanpa paksaan.

Saya akui ramai peminat yang menantikan perubahan saya, lebih-lebih lagi selepas pulang dari Umrah. Namun begitu, saya memohon agar tidak diberikan tekanan untuk saya berubah.

Biarlah perubahan itu datang sendiri secara perlahan-lahan tanpa tergesa-gesa. Semua orang mahu berubah dan saya juga tidak terkecuali. Berhijrah itu memang senang, tetapi untuk terus kekal istiqamah itu agak sukar. Berikan saya masa dan saya memohon peminat mendoakan yang terbaik untuk saya.

Cukup tenang ketika melakukan ibadah di Tanah Suci Mekah, Nelydia harap beliau diberikan peluang untuk ke sana setiap tahun dan diberikan rezeki untuk mengerjakan ibadah Haji pula.

Setiap perubahan haruslah lahir dari hati yang ikhlas, kerana tanpa keikhlasan maka amalan seseorang diibaratkan seperti jasad yang tidak memiliki jiwa ataupun rohnya lagi. Apa-apa pun, kita doakan yang baik-baik sahaja untuk Nelydia.

Sumber Berita : Astro Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment