Tuesday, 29 January 2019

#Hiburan: #10YearsChallenge Rita Rudaini Paling ‘Win’, Muat Naik Gambar Bersama Bekas Suami


Sejak mula viral beberapa minggu lalu, ramai selebriti yang melakukan 10 Years Challenge. Pelakon Rita Rudaini juga tidak ketinggalan menyahut cabaran popular itu dan menarik perhatian ramai apabila memuat naik foto bersama bekas suaminya, Aidil Zafuan ketika saat bahagia mereka 10 tahun lalu.

Rita menyertakan kapsyen yang agak sinis mengatakan beliau tidak sampai hati untuk ‘crop’ foto bekas suaminya itu.

Rata-rata netizen mengatakan ini lah cabaran 10 Years Challenge paling menarik dan mereka juga agak geli hati melihat telatah Rita ‘mengusik’ Aidil.

Meskipun sudah berpisah, apa salahnya untuk Rita memuat naik foto seseorang yang pernah menjadi sebahagian daripada hidupnya kan? Apa pula pendapat anda?


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment