Thursday, 31 January 2019

#Hiburan: Kecil Memang Kecil, Namun Cili Padi Sangat Penting Dalam Hidup Kita Sebab…


Sekali pandang, tiada apa-apa yang istimewa dan menarik tentang cili padi. Saiznya kecil, warnanya sama ada hijau atau merah dan lastly, rasanya boleh tahan la pedas. . Nothing special pun. Nothing kebabom pun.

Namun sedarkah kita bahawa cili padi tersangatlah penting di dalam kehidupan seharian kita. Selama ini kita hanya “take for granted” je kehadiran cili padi. Andai ditakdirkan secara tiba-tiba cili padi tidak wujud di dunia bermula hari ini, memang huru hara dibuatnya. Ini kerana cili padi tersangatlah penting untuk:-

  1. Untuk masak lemak cili padi

Arghhhhh ~~~ Tanpa cili padi, tiada lagi  keenakan ayam/daging/siput/pucuk paku masak lemak cili padi. Rasa pedas dan berlemaknya memang membuatkan kita terlupa apa itu diet. Siap tambah nasi 2 kali tanpa segan silu. Memang kaw-kaw sedap!!!

  1. Untuk lengkap Mamak session Machaaaa, cili potong satu!!!!

 Setiap kali lepak mamak, tangan kita secara automatik memanggil mamak sambil berkata “Machaaaa, cili potong satu”. Tahukah anda bahawa cili potong itu adalah cili padi? Ia melazatkan apa sahaja makanan yang kita order. Tak ada cili potong, memang tak lengkaplah kelepakan kita di mamak.

  1. Untuk lenjan internet sepuasnya dengan plan Cili Padi XL daripada Digi

Sambil lepak makan tu,  sudah tentu anda perlukan data internet yang secukupnya . Dengan plan bulanan termurah Cili Padi XL  daripada Digi, anda boleh layan Facebook, Instagram dan Twitter dengan selaju-lajunya tanpa had termasuk data tambahan sebanyak 2GB. Jadi lagi banyak masa korang boleh aktif bersosial media dan macam-macam lagi.

Tak kira la kalau korang beli data 2GB atau 6GB, data anda boleh bertahan selama 30 hari. Boleh la korang kekal aktif dalam dunia internet tanpa was-was dah lepas nie ! Digi Cili Padi XL adalah “one time pass” tanpa penyambungan automatik yang membolehkan anda menikmati Internet sepuas-puasnya dengan harga yang AMAT berbaloi-baloi. Anda hanya perlu layari laman web Digi atau klik di sini dan membuat pembelian di situ. Skali klik je kot!

Kalau selama ini anda jenis berkira kuota Internet apabila ingin membuka apa-apa laman sosial, jangan risau dengan plan Cili Padi XL ini anda boleh melakukan apa sahaja ikut sesuka hati. Nak upload Insta Live selang sejam pun boleh, nak komen status kawan Facebook anda pun tak ada masalah atau nak tweet sampai pagi  pun tiada siapa yang akan menghalang. Senang cakap, Cili Padi dari Digi ini akan pastikan anda sentiasa berhubung dengan dunia sosial anda 24 jam. Terbaik bukan?

  1. Siapa makan cili rasa pedas

Peribahasa “Siapa Makan Cili Dia Terasa Pedas” memang Sudah sinonim dalam Kehidupan kita. Maksudnya ialah siapa yang buat perkara tak betul, dia akan rasa bersalah tanpa perlu dipaksa. Bayangkan jika perkataan cili itu ditukar Kepada durian ke, rambutan ke, memang tak kena langsung. Hanya cili sahaja yang mampu menyempurnakan peribahasa ini.

  1. Jaga adab, nanti mak ayah cili mulut

Zaman kanak kanak dulu mesti mak bapak kita pernah memberikan amaran “nanti Ayah cilikan mulut kau tue” sebab kita tercakap perkataan kurang elok. Memang seram dibuatnya sebab takut mulut kita kepedasan lebih-lebih lagi kalau guna cili padi. Confirm menangis dibuatnya. Hanya cili sahaja yang mampu menimbulkan rasa gerun sebegitu. Kalau sumbat mangga ke, timun ke, tak adalah kita takut.

Cili padi ni, walaupun kecil, tapi banyak betul penggunaannya dalam kehidupan harian kita kan? Memang the power of cili sungguh. Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

#Informasi: ‘Rahmatan Lil Alamin’ PH, Jaga Bukan Islam Lebih Dari Orang Islam.




KOTA BHARU: Konsep ‘Rahmatan Lil Alamin’ yang diperkenalkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sekadar mengulangi moto yang banyak digunakan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.
Penerapan nilai-nilai Islam dan Islam Hadhari kini tidak lagi menjadi sebutan ramai selepas pemimpin bertukar ganti.
Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, konsep tersebut biar pun nampak ada pembaharuan, namun malangnya tidak disandarkan kepada akidah.
Katanya apa yang berlaku sekarang memperlihatkan kerajaan PH mahu menjaga masyarakat bukan Islam lebih daripada orang Islam.
“Mereka cuba memperlihatkan Islam memberi rahmat kepada semua orang. Namun perlu diingatkan ia perlu disandarkan kepada akidah.
“Dalam Islam setiap perkara yang dilakukan perlu berpandu kepada akidah,” katanya ceramah jelajah Hari Murabbi Ummah di perkarangan Pasar Saidina Ali di Pekan Kok Lanas malam tadi.
Hadir sama Yang Dipertua PAS Ketereh Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh dan Penyelia Dun Kok Lanas Ustaz Nik Mahadi Nik Mahmood.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Dr Mujahid Yusof sering kali mencanangkan idea Rahmatan Lil Alamin yang cuba menggambarkan kasih sayang Islam terhadap semua pihak.
Bagaimanapun Tuan Ibrahim bimbang konsep tersebut akan hanyut sama seperti Islam Hadhari yang pernah digagaskan Tun Abdullah Ahmad Badawi. - HARAKAHDAILY 1/2/2019

sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

#Hiburan: Amboi, Melampau Rapat Dia – Netizen Komen Sayfiq Kyle Dan Elizabeth Tan Bergambar Mesra


Walaupun drama Senafas Rindu lakonan Syafiq Kyle dan Elizabeth Tan belum ditayangkan, ramai yang sudah jatuh cinta dengan keserasian mereka berdua.

Baru-baru ini Syafiq ada memuat naik foto mesra bersama Elizabeth bagi tujuan promosi drama tersebut di akaun Twitternya.

Bergambar rapat, rata-rata netizen menegur agar Syafiq menjaga batasnya. Namun, ada juga netizen yang seakan ‘cemburu’ melihat kemesraan pasangan ini.

Sama-sama kita nantikan lakonan mereka pula, betul ke serasi?


sumber: beautifulnara.com #superpantas

#Informasi: Tangguh Projek HSR, M'sia Bayar S'pura.S$15 Juta. Siapa Cekop, Siapa Cekap?


Malaysia bayar kos tangguh projek HSR, kata Singapura
Perkhidmatan Ekspres HSR antara Singapura dan Kuala Lumpur dijadual bermula menjelang 1 Jan, 2031 berbanding tarikh awal pada 31 Dis, 2026. - Gambar hiasan

Malaysia Bayar kos tanggguh projek HSR, kata Singapura.
Singapura: Malaysia telah membuat bayaran kos penangguhan pelaksanaan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR), kata Kementerian Pengangkutan republik itu.

Dalam satu kenyataan di sini pada Khamis, jurucakap kementerian itu berkata republik tersebut telah "mendapat pengesahan daripada Kerajaan Malaysia menerusi koresponden diplomatik" mengenai pembayaran itu.

Pada 5 Sept, 2018, Singapura telah bersetuju menggantung pembinaan projek itu sehingga akhir Mei, 2020.


Susulan permohonan Malaysia itu, kerajaan telah bersetuju membayar kos penangguhan sebanyak S$15 juta (S$1=RM3.04) kepada kerajaan Singapura sebelum 31 Jan, 2019.

Malah, pertukaran dokumen undang-undang antara kedua-dua negara telah dibuat di Putrajaya membabitkan perubahan Perjanjian Dua Hala HSR berkenaan.

Perkhidmatan Ekspres HSR antara Singapura dan Kuala Lumpur dijadual bermula menjelang 1 Jan, 2031 berbanding tarikh awal pada 31 Dis, 2026.
-- BERNAMA


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Siapa cekop, siapa cekap? Pemimpin Malaysia atau Singapura?
sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

#Hiburan: Nyanyian Nabila Razali Dikritik, Suara Sumbang Teruk


Baru sahaja melancarkan single terbarunya berjudul Vroom Vroom, penyanyi Nabila Razali menerima pelbagai komen daripada netizen.

Namun, baru-baru ini Nabila menerusi akaun Twitternya meluahkan rasa kesal terhadap sikap sesetengah netizen yang mengkritik nyanyiannya menggunakan perkataan kasar. Antara kata-kata netizen ialah Nabila tidak layak bergelar penyanyi kerana suaranya macam bodoh dan sumbang.

Bukan tidak boleh menerima kritikan tetapi biarlah teguran itu dibuat secara baik agar dapat lagi membantu beliau memperbaiki kelemahannya.

Kadang-kadang saya sedih juga tengok netizen yang komen dengan perkataan-perkataan kesat dan kasar ini. Bila buka IG mereka, muka baik dan ada keluarga. Tapi menggunakan bahasa kesat untuk kecam orang.

Saya tak kisah dengan kritikan dan boleh terima komen negatif. Kalau tak boleh terima lebih baik saya tak jadi penyanyi kan. Ni kata suara macam bodoh. Tapi suara bodoh tu macam mana? Kalau kata suara saya sengau boleh la saya perbetulkan jadi lebih baik.

Biarpun dikecam, Nabila bagaimanapun ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong lagu barunya itu dan bersyukur ia sudah menjadi trending nombor tiga di YouTube selepas seminggu dilancarkan.

Sumber Berita : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

#Hiburan: Tutup Komen Bukan Takut Kena Kecam, Tapi Tidak Mahu Instagram Dipenuhi ‘Sampah’ – Izreen Azminda


Dikecam gara-gara kontroversinya berkahwin dengan suami orang, pelakon Izreen Azminda sehingga hari ini masih lagi menutup ruangan komen di akaun Instagramnya.

Mengakui beliau sebelum ini merasa tertekan dengan segala kecaman, Izreen akui hidupnya lebih tenang kini. Namun, beliau menegaskan bukannya takut untuk membuka kembali fungsi komen tetapi tidak mahu akaun Instagramnya itu dipenuhi dengan ‘sampah’ kata-kata negatif.

Memang emosi terganggu sebab komen mereka sangat keterlaluan. Cuba mereka duduk di tempat saya atau artis lain yang dikecam, apa mereka rasa?.

Disebabkan itu, saya ambil keputusan tutup ruangan komen dan ia sangat berbaloi. Sudah masuk tahun kedua saya tutup. Memang lega dan tenang saja. Tak perlu lagi saya hadap dengan komen jahat dan caci-maki mereka.

Saya bukannya takut, tetapi tak mahu Instagram dipenuhi dengan ‘sampah’ dan komen negatif. Kalau mahu apa-apa, boleh DM (direct message) saja. Ramai yang berbuat sedemikian dan saya akan balas.

Dalam pada itu, Izreen menyokong tindakan berani Linda Rafar memfailkan saman terhadap lebih 100 netizen. Kata Izreen, biar netizen sedar jangan sesuka hati hendak memijak kepala artis.

Sumber Berita : Harian Metro


sumber: beautifulnara.com #superpantas

#Informasi: Bina Masa Depan Mustad'afin Etnik Rohingya. -PASRelief




KL: Pusat Bantuan dan Kemanusiaan PAS (PASRelief) komited membangun dan memberdayakan kehidupan Muslim etnik Rohingya yang kini menjadi mustad'afin di seluruh dunia.

Usaha itu adalah untuk mempersiapkan mereka dengan segala keupayaan agar suatu masa kelak mampu kembali ke tanah air asal di Arakan (Rakhine), Myanmar menghidupkan semula tamadun dan masa depan.
Oleh itu, PASRelief tidak hanya turut serta bergandingan dengan NGO lain memberikan bantuan berupa keperluan asas kehidupan seperti kediaman sementara, bekalan air, surau dan seumpamanya.
Persiapan sedang diadakan kepada generasi etnik itu adalah kelangsungan pendidikan apabila hingga kini PASRelief telah membina dan membiayai 35 sekolah di kem-kem pelarian di seluruh Bangladesh.
Terbaharu, PASRelief menggiatkan lagi usaha berdikari etnik tersebut dengan sumbangan 10 mesin jahit bernilai RM6,000 khusus kepada balu-balu etnik Rohingya di Kem Balukali dan Kem Khutupalong di Cox's Bazar pada misi yang berakhir semalam.
Menurut Pengarah PASRelief, Muhammad Sanusi Md Nor, aktiviti jahitan yang dijalankan membolehkan mereka menghasilkan pendapatan RM10 sehari di mana ia cukup untuk menampung kehidupan sekeluarga.
Manakala untuk sekolah maklumnya, PASRelief sedang melakukan usaha menambah jumlahnya serta menaiktaraf bangunan sedia ada kepada binaan simen dengan sumbangan turut dijayakan beberapa NGO lagi.
Antaranya kata beliau adalah Yayasan Isra', Baitul Rahmah Learning Centre MAPIM Utara, Yayasan Kubra dan juga NGO Muslim daripada Republik Rakyat China.
Tambah beliau, para pelajar selain mengikuti pengajian al-Quran, mereka juga belajar akademik melibatkan matapelajaran sains, matematik dan empat bahasa iaitu Arab, Inggeris, Bangladesh dan Burma.
Maklumnya juga, pada misi terbaharu itu, PASRelief menyerahkan sumbangan semasa sebanyak RM50,000 bagi tujuan pendidikan dan RM20,000 untuk keperluan pelarian baharu tiba melibatkan 137 keluarga.
Sehubungan itu beliau menyeru warga dunia khususnya rakyat Malaysia yang prihatin untuk turut bersama PASRelief menjayakan usaha sedang dilaksanakan menerusi sumbangan kewangan dan barangan.
Transaksi berkenaan boleh dibuat terus ke akaun Maybank PASRelief 5640 7061 2333 atau Tabung Kemanusiaan Antarabangsa 5640 7061 1352dan sebarang pertanyaan hubungi 012-596 9220 atau 013-384 5555. -HARAKAHDAILY 31/1/2019   
IMG 20190131 WA0012
IMG 20190131 WA0013
IMG 20190131 WA0014
IMG 20190131 WA0015
IMG 20190131 WA0016 
IMG 20190131 WA0017
IMG 20190131 WA0018
IMG 20190131 WA0019

sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

#Informasi: Awas, Curi Kanak-kanak..


Hasil carian imej untuk aws curi kanak-kanak
Dua suspek larikan kanak-kanak lelaki ditahan polis
SEREMBAN 1 Feb. - Polis menahan seorang lelaki dan wanita kerana disyaki melarikan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dari ibunya di Rasah Jaya, di sini semalam.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, suspek yang berusia 31 dan 40 tahun diberkas sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan selepas menerima laporan ibu mangsa.

"Ibu mangsa berumur 36 tahun memaklumkan anak lelakinya dilarikan oleh seorang lelaki yang baru dikenalinya dengan sebuah kereta jenis Perodua Kancil pada pukul 11.45 pagi.

"Polis berjaya mengesan dan menahan kereta dinaiki suspek di kawasan Bukit Mantin, Nilai kira-kira pukul 2.20 petang. Seorang lelaki dan wanita ditangkap manakala kanak-kanak tersebut berjaya diselamatkan," katanya dalam satu kenyataan,di sini malam tadi.

Hock Poh berkata, ujian air kencing mendapati suspek lelaki tersebut positif dadah.

"Polis masih menyiasat motif kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan," katanya.

Ujarnya, kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Seremban hari ini untuk permohonan tahanan di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah. - UTUSAN ONLINE

sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

#Informasi: Berpelukan Di Kawasan Terbuka, Sebat!


KERAJAAN Aceh melaksanakan hukuman sebat terhadap dua remaja berpelukan
KERAJAAN Aceh melaksanakan hukuman sebat terhadap dua remaja berpelukan di kawasan terbuka.-AFP

BANDA ACEH 31 Jan.- Dua remaja dihukum sebat setelah ditangkap kerana berpelukan di kawasan terbuka.
Remaja perempuan yang merupakan pelajar universiti dan teman lelakinya dihukum 17 sebatan disaksikan ratusan penduduk tempatan di luar sebuah masjid, di sini.
Dalam pada itu, seorang lelaki berusia 35 dan seorang wanita berusia 40 tahun turut menerima hukuman yang sama kerana berdua-duaan di dalam sebuah kedai runcit.
Kesemua pesalah dipenjarakan beberapa bulan sebelum menerima hukuman tersebut.-AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kini, sudah kurang dengar suara sumbang orang yang mempertikai hukum sebat. Di Aceh sendiri, orang bukan Islam memilih sistem perundangan Islam dengan menolak hukum selain Islam, kerana keadilannya.
Kecuali orang-orang yang pemikirannya masih berperadaban jahiliah atau yang otaknya masih lekat kesan-kesan penjajah barat Yahudi/Kristian, walaupun konon mereka menggaku sudah merdeka.

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia

E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia

sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

#Informasi: Cuaca Sejuk Melampau Di AS, 12 Maut.


Sekurang-kurangnya 12 maut akibat cuaca sejuk melampau di AS
Keadaan cuaca sejuk melampau dikenali sebagai polar vortex itu kini melanda beberapa negeri di AS. - REUTERS

Sekurang-kurangnya 12 orang maut di beberapa negeri di Amerika Syarikat susulan cuaca sejuk melampau yang melanda negara itu. Suhu telah menjunam serendah 30 darjah Celsius di bawah paras beku di Chicago, lebih sejuk daripada beberapa bahagian di Antartika.

Suhu jatuh lebih rendah di North Dakota di mana suhu paling rendah yang dicatatkan ialah 37 darjah Celsius di bawah paras beku. Antara yang maut ialah seorang lelaki berusia 75 tahun di Chicago serta seorang pelajar di Universiti Iowa.

Beberapa lagi kematian dilaporkan di Michigan, Iowa, Indiana, Illinois, Wisconsin dan Minnesota. Keadaan cuaca sejuk melampau itu dikenali sebagai polar vortex, dan ia boleh mengakibatkan gigitan fros hanya selepas 10 minit berada di luar bangunan.

Darurat telah diisytiharkan di beberapa bahagian di Wisconsin, Michigan dan Illinois serta di selatan Alabama dan Mississippi. (AA)


sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

#Informasi: Zionis Guna Dadah Hapuskan Pemuda Palestin




BUKAN saja dikenakan pelbagai sekatan dan tekanan, rejim Zionis juga menggunakan bahan khayal untuk melemahkan generasi muda Palestin di Baitulmaqdis bagi 'menghapuskan' mereka secara senyap.
Tidak cukup dengan itu, mereka juga diberikan wang untuk membeli bekalan dadah jika kehabisan stok dan taktik itu sudah digunakan sejak beberapa tahun lalu.
Mendedahkan perkara itu, aktivis Ummet Vakfi Turkey Dr Sameer Saed al-Quds berkata, menyasarkan golongan remaja dan pemuda, ia menjadi senjata paling berkesan dalam memastikan generasi muda tidak mampu melawan dan menemui maut secara perlahan-lahan.

"Tindakan ini dilakukan secara senyap, tidak perlu bertempur, baling batu atau bertindak kasar, hanya menggunakan dadah, remaja Palestin akhirnya akan tunduk kepada tentera tanpa paksaan.
"Sehingga kini puluhan ribu remaja di sekitar Kompleks al-Aqsa dan Palestin terbabit dengan penyalahgunaan dadah yang dirancang rapi tanpa disedari banyak pihak.
"Ketika banyak pihak menyatakan kebimbangan mengenai masa depan Masjid al-Aqsa dan kawasan sekitarnya, tentera pula sudah membunuh remaja Palestin, kumpulan yang diharapkan dapat menyambung perjuangan generasi awal," katanya ketika menjadi pembentang Bengkel Khas 360 Masjid al-Aqsa di Kuala Lumpur, hari ini.
Ia dianjurkan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yang turut dihadiri presidennya Mohd Azmi Abdul Hamid dan Pengarah Waqaf al-Aqsa Johan Ariff Ismail.
Dr Sameer turut berkongsi keadaan terkini di tempat ketiga suci bagi umat Islam itu sambil menambah, inisiatif segera perlu diambil bagi membantu penduduk Palestin mempertahankan kawasan berkenaan daripada diceroboh Israel.
"Kita perlu pertahankan kerana ia tanah bagi semua umat Islam yang kini berada dalam kawalan Yahudi. Penghapusan identiti bagi negara dan penduduk Palestin sedang berlaku.
"Saya percaya usaha berterusan daripada rakan seperti MAPIM akan membuahkan hasil, setidak-tidaknya kesedaran mengenai perlunya Masjid al-Aqsa dipertahankan," katanya yang berasal dari kawasan pesisir pantai di Palestin.
Sementara itu, Mohd Azmi berkata, bengkel berkenaan bertujuan memberikan maklumat kepada aktivis daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengenai status terkini di sana.
Katanya, ia sebagai persediaan untuk melahirkan lebih ramai sukarelawan bermaklumat yang bukan saja prihatin dengan nasib saudara seagama, tetapi tahu sejarah mengenai Islam itu sendiri.
"Selepas ini kita akan adakan lebih banyak program sebegini bagi memberi pencerahan kepada seluruh umat Islam di Malaysia," katanya.
MAPIM turut mengaktifkan tabung wakaf dan orang ramai yang ingin turut serta boleh menyumbang menerusi akaun CIMB 8602715930 atau secara dalam talian diwww.wakafaqsa.com. (hmetro.com.)

Lihat sebelum ini..
E Buku IH-122: Cuci Otak Yahudi..
E Buku IH-122: Cuci Otak Yahudi..

sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

#Informasi: Dipecat Dari Bilal Di Israel Kerana Sertai Sukan Tak Patuh Syariat?


IBRAHIM MASRI ketika melaungkan azan di Masjid El-Jazzar, utara
IBRAHIM MASRI ketika melaungkan azan di Masjid El-Jazzar, utara bandar Acre, Israel.- AFP
SUKAN


ACRE 31 Jan. - Gara-gara menyertai pertandingan bina badan, kerajaan Israel memecat Ibrahim Masri selaku ketua bilal Masjid El-Jazzar, di utara bandar Acre.

Ibrahim, yang sudah melaungkan azan sejak 15 tahun di sebuah bandar di negara tersebut dipecat Kementerian Dalam Negeri Israel selepas mendakwa penyertaannya dalam kejohanan bina badan pada 2017 bertentangan dengan peranan keagamaan.
Jurucakap kementerian itu berkata, Ibrahim dipecat kerana berpakaian tidak sepatutnya.

“Ahli bina badan biasanya memakai seluar dalam, ketika pertandingan dan dia mempunyai banyak gambar dalam pakaian sedemikian,” ujarnya. Ibrahim, 46, berkata, dia tidak pernah merasakan aktiviti riadah itu bertentangan dengan agama.
“Keputusan ini tidak adil. Agama Islam menggalakkan mana-mana individu bersukan,” katanya yang ‘bermain dengan besi’ sejak usia muda dan sangat terkenal di Acre.- AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Benarkah berita ini? 
Adakah Israel pun baru nak ikut 'sukan patuh syariat' seperti negeri-negeri di Malaysia yang di bawah tadbiran PAS?
Adakah Israel pun mengamalkan Islam mazbab Syafie yang yang menetapkan aurat lelaki antara pusat sampai ke lutut?
Mengapa Israel tidak menganjurkan peraturan pertandingan ikut Kelantan?
Ini peraturan bina badan patuh syariat di Kelantan. Kerajaan PH bila nak ikut yang baik, walaupun ianya dari Parti Islam yang mereka musuhi?
Hasil carian imej untuk pertandingan bina badan di kelantan
Hasil carian imej untuk pertandingan bina badan di kelantan
Hasil carian imej untuk pertandingan bina badan di kelantan
Hasil carian imej untuk pertandingan bina badan di kelantan

sumber : IbnuHisyam.com #superpantas