Saturday, 15 June 2019

#Hiburan: 4 Sebab Kenapa Korang Perlu Terbang Ke China Hari Ini Juga!!


China, sebuah negara dengan populasi rakyat terbesar di dunia mempunyai pelbagai destinasi tarikan pelancong yang penuh dengan sejarah, unik dan memukau. Jika anda belum pernah menjejakkan kaki ke negara “3 Kingdom” ini, sekarang adalah masa terbaik untuk menempah tiket penerbangan bersempena Jualan Hebat AirAsia yang bakal berlangsung.

DSCF1909

Menawarkan harga bermula serendah RM179 ke 17 destinasi percutian ke China seperti Tianjin, Lanzhou, Xi’an, Chongqing, Changsha, Kunming, Guilin dan banyak lagi, Jualan Hebat Airasia akan bermula dari 16 Jun sehingga 19 Jun 2019 esklusif untuk Ahli BIG sahaja dan jualan untuk bukan ahli pula akan bermula dari 17 Jun sehingga 19 Jun 2019. Anda boleh bayar menggunakan BigClick untuk menikmati bayaran pemprosesan sifar serta proses tempahan yang lebih mudah dan lancar.

Jadi apa yang best di China? Ha ini 4 sebab kenapa korang perlu terbang ke China hari ini jugak!!!

1. Boba / Bubble Tea1

Dengan penduduknya yang berjumlah 1.38 billion, kepelbagaian jenama bubble tea di negara ini memang tak terkira dengan jari. Tak salah untuk dikatakan bahawa China adalah syurga untuk penggemar bubble tea. Sekiranya anda adalah seorang pencinta sejati boba, China adalah negara yang wajib dilawati untuk mencuba minuman ini. Antara jenama-jenama bubble tea yang popular di China ialah Heytea, Dasaki, Coco, China Fruit Time dan Attakai Kokoro Tea Shop.

2. Lokasi sempurna untuk Instagram anda

Sekiranya anda seorang pengguna tegar Instagram, jangan risau sebab memang banyak sangat lokasi “Insta-worthy” di China. Confirm para pengikut anda akan tercengang melihat gambar-gambar yang anda muatnaik sepanjang bercuti di sana. Antaranya seperti:-

(i) Tianjin Binhai Library – sekali tengok macam dalam kapal angkasa. Serius cool gila perpustakaan nie

FMY09318

(ii) Zhongshuge Bookstore di Chongqing – kedai buku terbesar yang mempunyai rekaan futuristik dan moden

2

(iii) Zhangjiajie di Changsha – kawasan pergunungan yang menjadi inspirasi kepada filem Avatar

3

(iv) Li River, Guilin – untuk mereka yang inginkan percutian penuh kedamaian sambil menikmati keindahan alam

4

3. Makanan halal yang mudah didapati

Sebagai seorang Muslim, anda tidak perlu risau bab makanan halal apabila melancong ke China. Memang sangat-sangat mudah untuk didapati dan kesemuanya sedap-sedap belaka. Antara yang anda boleh cuba ialah:-

DSCF2417

(i) Mi tarik asli Lanzhou

5

Pada awal kemunculannya iaitu pada zaman pemerintahan Dinasti Qing, restoran mi tarik daging lembu pertama dibuka di Lanzhou, hanya untuk pelanggan golongan birokrat dan peniaga kaya. Mi tarik daging lembu Lanzhou diinspirasikan oleh etnik Muslim Ma Baozi pada 1915. Setelah lebih 100 tahun, mi tarik Lanzhou daging menjadi simbol bandar Lanzhou malah terkenal bukan sahaja di China tetapi luar negara. Satu mangkuk confirm tak cukup!!!

(ii) Hotpot di Chongqing

6

Sekiranya anda seorang penggemar makanan pedas, anda wajib mencuba “hotpot” di Chongqing yang merupakan makanan “signature” bandar ini. Anda boleh memasak daging dan sayur-sayuran yang diinginkan di dalam lambakan cili “Mala” yang confirm akan buat anda kepedasan. Pastikan air sejuk tersedia di sisi anda sebelum menjamu selera.

4. Kembara Muslim

Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman hidup masyarakat Islam di Xi’an. Anda boleh singgah di kawasan kejiranan Muslim (The Muslim Quarters) dan menunaikan solat di Masjid Xi’an. Sambil-sambil tue bolehlah berborak serta mendalami sejarah Islam di bandar ini. Jangan lupa ambil gambar kerana rekaan masjidnya memang tak akan jumpa di Malaysia.

7

Masjid Xi’an

Selain itu terdapat juga banyak masjid yang boleh dilawati di bandar Lanzhou. Antara yang terkenal ialah Xiguan Mosque, Lanzhou Water Mosque, Lanzhou Nanguan Mosque dan banyak lagi. Kesemuanya dibina beratus-ratus tahun dahulu dan mempunyai sejarah yang tersendiri. Restoran yang menyediakan makanan halal pun banyak di sekitar masjid-masjid ini, jadi anda pasti tidak akan kelaparan.

8

Ha, tapi apa-apa pun, selaku rakyat Malaysia, anda kena buat beberapa persediaan sebelum terbang ke China bersama AirAsia. Antaranya ialah memohon visa, menempah hotel dan merancang aktiviti yang ingin dilakukan di sana, memastikan ada sambungan Internet ketika di sana (boleh guna VPN atau roaming menggunakan Pocket Wifi) dan boleh muat turun aplikasi DIDI untuk transportation. Semua ini dan banyak lagi boleh diselesaikan di www.airasia.com yang menawarkan rangkaian terluas dan tambang terendah ke 17 destinasi percutian di China setiap hari. Selamat bercuti.




sumber: beautifulnara.com #superpantas

#Hiburan: Umie Aida Dan Erra Fazira Akhirnya Berdamai


Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai perbalahan antara pelakon Datin Seri Umie Aida dan primadona Erra Fazira.

Terbaru, persengketaan kedua-dua selebriti ini akhirnya terlerai apabila mereka bertemu empat mata pada tengah hari tadi.

Umie menerusi Insta Story memuat naik video ketika pertemuan mereka dan dilihat berpelukan dengan Erra. Pada masa yang sama, beliau menyertakan kapsyen “Semua salahkan aku kerana tak maafkan dia… Ya Allah.”

Menerusi video itu juga, Umie berharap netizen berhenti berbicara mengenai isu pergaduhannya dengan Erra.

Terdahulu, perbalahan antara dua selebriti popular ini mula dihidu peminat apabila Umie memuat naik beberapa siri status berbaur kecewa dan terluka dikhianati sahabat baik sendiri beberapa kali, memusnahkan hubungan persahabatan mereka.Erra mengakui beliau telah melakukan kesilapan yang sama sebanyak tiga kali dan melukakan hati sahabat baiknya itu dan tampil memohon maaf atas apa yang berlaku.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Friday, 14 June 2019

#Hiburan: Azwan Ali Mahu Berbaik Semula Dengan Azmin Ali


Ramai yang tahu sudah bertahun lamanya kemelut antara selebriti terkenal Azwan Ali dan abangnya Datuk Seri Azmin Ali berlanjutan.

Setelah sekian lama bersengketa, Azwan dengan hati yang ikhlas dan rela tanpa sebarang paksaan daripada mana-mana pihak, ingin memohon maaf dan meluahkan hasrat mahu berbaik semula dengan abangnya itu.

Azwan yang kini menetap di London sejak Februari lalu menjelaskan hasratnya untuk berdamai dengan Azmin bukan sahaja kerana mengenangkan menteri itu adalah abang kandungnya tetapi turut memikirkan didikan arwah ibu bapa mereka.

Di hari baik bulan baik ni, saya fikir kenapa tidak untuk berbaik dengan dia. Kalau dia baca artikel ini saya nak cakap, Min (Azmin) selama ni aku banyak buat buat salah dan dosa pada kau. Aku minta ampun, minta maaf kau Min.

Saya akui sebelum ini begitu keras hati. Tapi orang tak tahu apa yang dilalui antara kami adik-beradik kerana ia hal peribadi dan keluarga. Saya akui banyak berbuat dosa dengan dia. Sebagai adik, saya yang sepatutnya beralah nak memohon maaf daripadanya. Hasrat saya ini untuk berbaik dengan Azmin bukan disebabkan politik, tetapi kerana kerelaan saya sendiri.

Azwan dengan hati terbuka sanggup pulang ke Malaysia untuk bertemu dengan Azmin jika abangnya itu sudi untuk berjumpa dengannya untuk bersalaman memohon maaf.

Kami doakan agar niat murni Azwan Ali ini akan termakbul. Bak kata pepatah, air yang dicincang tidak akan putus. Mereka tetap adik beradik kandung walau apa pun yang terjadi. Semoga segalanya dipermudahkan.

Sumber Berita : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Thursday, 13 June 2019

#Hiburan: Erra Fazira Mohon Maaf Kepada Umie Aida, Mahu Hentikan Perbalahan


Selepas beberapa hari mereka dikatakan sedang berperang dingin, akhirnya Erra Fazira membuka mulut mengenai kemelut hubungan persahabatannya dengan pelakon Datin Seri Umie Aida

Erra mengakui beliau telah melakukan kesalahan yang sama sebanyak tiga kali dan melukakan hati sahabat baiknya itu.

Sebagai manusia biasa dirinya tidak lari daripada melakukan kesilapan dan Erra memohon maaf kepada Umie atas apa yang sudah berlaku. Pada masa yang sama, Erra mengharapkan pengakuan dibuat dapat menghentikan perbalahan antara semua pihak termasuklah dalam kalangan peminat.

Terdahulu, perbalahan antara dua selebriti popular ini mula dihidu peminat apabila Umie memuat naik beberapa siri status berbaur kecewa dan terluka dikhianati sahabat baik sendiri beberapa kali, memusnahkan hubungan persahabatan mereka. Meskipun Umie tidak menyebut sebarang nama, namun, rata-rata netizen membuat andaian luahan tersebut ditujukan kepada Erra yang diketahui mempunyai hubungan erat dengannya.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

#Hiburan: Sufian Suhaimi Bosan Dengan Politik Lucah


Isu tersebarnya rakaman video lucah dua orang lelaki mengaitkan nama seorang ahli politik cukup hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini, turut tampil memberikan pandangannya mengenai perkara tersebut adalah penyanyi Sufian Suhaimi.

Sufian menerusi akaun Twitternya menemplak isu penyebaran video lucah tersebut. Katanya, golongan muda mahu melihat pihak kerajaan mahupun pembangkang membangunkan negara.  Sufian akui beliau sudah bosan melihat budaya permainan politik lucah.

Status Sufian mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen bersetuju dengan pendapatnya itu.

Mungkin benar apa yang dikatakan oleh Sufian, sering kali kita dengar tentang pelbagai kontroversi dan skandal seks melibatkan ahli politik sehingga rakyat sudah bosan. Apa pula pendapat anda?


sumber: beautifulnara.com #superpantas

#Hiburan: Baru 19 Tahun, Ismail Izzani Beli Kereta Mewah Mercedes Benz CLA 200


Setiap orang di dunia mempunyai impian untuk memiliki sesuatu dan pastinya dengan usaha dan kerja keras, apa yang dimahukan tidak mustahil akan menjadi kenyataan.

Baru-baru ini, penyanyi Ismail Izzani begitu teruja berkongsi foto dirinya dengan kereta mewah Mercedes Benz CLA 200. Katanya, beliau bakal membeli kerete mewah itu.

Perkongsian Ismail mendapat pelbagai reaksi daripada netize,  ada seakan tidak percaya Ismail mampu untuk memiliki sebuah kereta mewah pada usia 19 tahun dan ada pula yang mula menyindir mungkin Ismail berjaya memiliki kereta tersebut kerana ibu bapanya adalah orang berada.

Siapalah kita untuk mempersoalkan rezeki seseorang itu kan? Mungkin yang komen itu cemburu dengan kejayaan Ismail. Kepada Ismail, teruslah bekerja keras dalam industri hiburan dan buktikan anda boleh lebih maju lagi.

Kredit Video : thernanews my


sumber: beautifulnara.com #superpantas

#Hiburan: Apakah Kos Sebenar Pembuatan Secawan Bubble Tea?


Minuman Bubble tea adalah kegemaran ramai warga Malaysia tidak kira dari golongan tua mahupun muda. Ia Mula memasuki pasaran di Malaysia sejak tahun 2015 hingga kini.

Pengikut setia minuman Bubble tea pasti tahu bahawa minuman ini perlu menggunakan straw gergasi. Minuman Bubble tea ini dibuat dengan pelbagai jenis teh. Namun ianya wajib diminum bersama jelly seperti mutiara yang dikenali sebagai bubble.

Sekiranya anda seorang pengemar Bubble tea, semestinya tertanya-tanya asal usul minuman ini?  Pada awal tahun 1980-an di Taiwan, seorang pemilik kedai teh bernama Liew telah melihat gelagat orang Jepun yang gemar minum kopi sejuk.

Maka dari situ tercetuslah idea untuk menjual air teh sejuk sendiri pada pengunjung dan beliau telah membuka beberapa cawangan kedai.

Ketika beliau menghadiri satu mesyuarat sekitar tahun 1988-an, Liew telah memasukkan beberapa Tapioka  ke dalam teh sejuk. Apa yang mengejutkan beliau adalah semua orang menyukainya dan bermula dari hair itu tercetuslah Bubble Tea yang cukup terkenal di seluruh pelusuk dunia.

Sejak minuman Bubble tea itu mula popular dalam kalangan masyarakat Malaysia ia telah terbukti bahawa lebih daripada 20 jenama minuman telah membuka cawangan di negara ini.

Terdapat pelbagai jenama di Malaysia, antaranya ialah Tealive, Gongcha, Shake-Shake, Cool Blog dan banyak lagi jenama lain.

Dipetik dari satu statistik yang telah dikeluarkan oleh GrabFood, minuman Bubble tea berada ditangga kedua makanan atau minuman yang paling banyak dibeli sepanjang tahun 2018 di Malaysia. Minuman Bubble tea kini telah menjadi sebahagian dalam diri rakyat Malaysia.

Persoalannya mengapa Buble tea berjaya mengejar populariti ini dalam tempoh yang begitu singkat sekali?

Adakah semata-mata kerana keunikkannya rasanya atau harganya yang dijual agak berbaloi? Adakalanya ramai orang memberitahu ia hanyalah sekadar satu tren yang akan tenggelam tidak lama lagi.

Sekiranya ada dalam kalangan anda yang berminat menceburi dunia Bubble tea, kos yang diperlukan untuk membuat secawan minuman kegemaran ramai ini berharga RM1.30 sahaja.

Ini kerana bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat secawan minuman Bubble tea ialah, bola Tapioka, ais, teh dan juga susu.



Oleh itu ia adalah satu perniagaan yang berbaloi dan sangat menguntungkan kerana harga purata secawan Bubble tea adalah RM6.50.

Satu kajian baru-baru ini telah menunjukkan bahawa kandungan gula dalam minuman Bubble tea lebih tinggi berbanding minuman berkarbonat.

Kesimpulannya nak minum boleh tetapi kena berhati-hati agar ia tidak menjejaskan kesihatan anda semua. Berpada-padalah dalam menikmakti sesebuah hidangan kerana anda yang membuatkan ia menghancurkan tubuh badan anda.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

#Hiburan: Pembantu Peribadi Dedah Sikap Mulia Neelofa Di Tanah Suci


Setiap tahun kita lihat selebriti popular Neelofa pasti akan ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah umrah.

Pada Syawal ini, beliau sekali lagi ke Mekah bersama pembantu peribadinya, Nadiah Khairuddin. Baru-baru ini, perkongsian oleh pembantu peribadinya itu tentang Neelofa mendapat perhatian ramai.

Instagram Photo

Menerusi akaun Instagram, Nadiah memuat naik video Neelofa sedang menunggu dirinya sambil membaca Al-Quran. Nadiah merasa syukur dan bertuah dikuarniakan seorang majikan yang baik dan berhati mulia.

Instagram Photo

Rata-rata netizen memuji kebaikan hati  Neelofa dan tentunya jasa majikan seperti Neelofa pasti akan sentiasa dikenang sampai bila-bila.

Terpalit dengan banyak kontroversi sebelum ini, tidak dinafikan perkongsian ini membuka mata ramai tentang keperibadian sebenar yang dimiliki oleh Neelofa. Semoga beliau dimurahkan rezeki dan terus sukses.

Sumber Berita & Video : Lofa World


sumber: beautifulnara.com #superpantas

#Hiburan: Beli 3 Ekar Tanah, Sajat Berhasrat Mahu Bina Masjid Dan Bagi Rumah Untuk Pekerja


Sebut sahaja nama Nur Sajat, pastinya ramai yang kenal dengan usahawan kosmetik ini. Biarpun dihimpit dengan pelbagai kontroversi, Sajat tidak pernah peduli dengan komen negatif dan terus berusaha untuk berjaya dalam bidang perniagaan.

Berkat usaha perniagaan produk bengkung selama tiga tahun, Sajat menerusi akaun Instagramnya meluahkan rasa syukur dia kini sudah berjaya memiliki tanah sendiri seluas tiga ekar. Difahamkan, kedudukan tanah itu terletak berhampiran dengan Kolej Universiti Islam Melaka.

Instagram Photo

Sajat turut meyatakan hasratnya untuk membina masjid dan beberapa perumahan di situ. Bukan itu sahaja, dia juga ingin memberikan  rumah sebagai hadiah ganjaran kepada pekerjanya.

Niat murni Sajat itu mendapat sokongan  dan pujian daripada netizen yang mendoakan agar segala urusan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

Apa yang dilakukan Sajat tidak dinafikan satu perkara yang baik, namun ada yang berharap agar satu hari nanti pintu hatinya akan terbuka untuk berubah kembali ke fitrah asalnya.


sumber: beautifulnara.com #superpantas